13 January 2016

Frame 2 Ringgit

assalamualaikum...

2 minggu sekolah.. tapi aku rasa macam 2 bulan dah sekolah. haha. kelam kabutnya kat sekolah tu Tuhan ja tau.. nak nak plak sekarang dah masuk Guru Besar baru, jadi banyak la transformasi yang dibuat. semuanya untuk memantapkan lagi sistem kat sekolah, insyaAllah.. mudah-mudahan kita dapat hasil yang terbaik. ( ko pulak dah kenapa buat ayat macam Guru Besar??? haha )

ok. takmau cerita pasal sekolah. nak bertenang kejap. nak bertenang bukak blog kekdahnyaa.. haha. kalau ada yang tanya kenapa tak update lagi pasal Beijing? sabor jap yer anak-anak.. nak tulis entry travel nih makan masa. gambar dah la banyak nak upload, pastu nak tulis satu-satu lagi. memang perlu bertenang sangat. sebab tu kena cari masa yang sesuai. kalau tengah kelam-kabut tulis, memang tak menjadi. otak terus beku taktau nak tulis apa. gittuw!

jadi aku nak tulis sesuatu yang menenangkan...

dulu masa aku sekolah menengah, aku suka sangat pegi kedai 2 ringgit. selain suka beli jajan untuk bekalan time lapar, aku jugak suka beli hadiah bezday kat kawan-kawan. ehh.. baik tau aku dulu. bagi hadiah bezday walaupun hadiah murah jer.. sekarang jer teruk. jangan kan hadiah. nak ucap pon malas. haha. sabar la sapa jadi kawan aku sekarang.

dulu hadiah yang aku suka bagi, kristal dengan frame. tapi paling aku suka bagi, frame 2 ringgit laa. sebab dekat frame tu ada gambar pemandangan yang cantik. jadi aku rasa mesti diaorang gembira dapat frame tu, sebab aku pon gembira bila tengok pemandangan dalam frame tu.

gambar contoh aku ambik kat google. ni bukan frame 2 ringgit. frame 2 ringgit kecik jer. size A4 gitu. dulu aku sendiri ada beberapa koleksi frame 2 ringgit yang aku gantung kat dinding. dok saja-saja mula la aku berangan. berangan dapat pegi tempat macam dalam frame tu.. alahaiii.. bestnya. 

sekarang dah takde frame 2 ringgit, kita layan wallpaper desktop. pon indah-indah pemandangannya. haa.. cakap pasal wallpaper desktop, korang dah tengok Dilwale? adoii.. cantik betul la pemandangan dalam cerita tu.. nak nak yang lagu Gerua tu. cantiknyaaa masyaAllah!.. macam wallpaper dia punya pemandangan. tak sangka pulak real. ingat edit. kalau laaa boleh pegi tempat camtu.. bersyukur betul. huhu

dulu paling suka sekali tenung gambar gunung salji nih. indah sangat.. terbayang perasaan yang sejuk dan nyaman gitu.

sebab tula masa pegi Beijing itu hari, bila dok dalam bas tengok pemandangan kat sana, menitis air mata. bukan apa.. sebab gembira sangat.. dulu selalu berangan kat depan frame nak pegi tempat sejuk. nak tengok dengan mata sendiri, nak alami sendiri. bila dapat tengok dengan mata sendiri, Allahhu Rabbi! besarnya rasa syukur dalam hati. nikmat yang tak ternilai sangat. tak tergambar dengan kata-kata rasa gembira tu.

sory la kalau korang rasa entry ni macam pepoyo. aku takde niat pon. sebetulnya memang aku sangat bersyukur. sebab nak jejak kaki ke negara orang tu bukannya senang. pulak tu sebagai peminjam PTPTN lagi. haha. berusaha tau bayar cecepat sebab nak pegi berjalan. walaupon sampai kerepot nanti kena bayar, takpela.. janji aku bayar.

banyak lagi sebenarnya tempat yang aku teringin nak pegi. pastu teringin nak merasa musim bunga dan luruh. mesti cantikkk sangat. haihhh.. obses betul! obses ka stress tah. sekolah baru 2 minggu dah sibuk fikir nak berjalan. haha. 

ampunnn! turn off mood verangan! ok. dah jejak bumi nyata. bye!!


terima kasih buat yang sudi membaca <3


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...