21 August 2016

resepi : nasi lemak ringkas dan mudah

assalamualaikum...

dah lama tak share resepi kan? hehe. sebelum korang nak kata apa-apa dekat aku, baik aku bagitau sensiang. mungkin ada yang rasa aku share resepi sebab nak bagitau yang aku ni terer nor memasak. tapi sebenarnya bukan begitu yaa.. aku share resepi sebab aku nak kongsikan resepi yang mudah-mudah yang mana mungkin ada manusia lain yang sama spesis dengan aku. jenis malas nak masak, tapi kena masak. bila ko malas nak masak, tapi ko terpaksa masak, maka ko akan cari masakan yang simple jer supaya ko tak perlu duduk kat dapur 12 jam membelek segala jenis bahan. hehe

aku ada masalah untuk memasak nasi jenis. paham tak nasi jenis? haha. alaa.. macam nasi ayam, nasi tomato. haa.. gitula. sebab aku dah pacak dalam kepala nasi gini macam susah, renyah. baik aku masak nasi putih jer.. buat jela apa-apa lauk. tapi bila ko dah makin besar makin tua, dah cuba macam jenis masakan, dah masak jugak, ko mesti teringin pulak nak cuba benda lain. so, yes. aku dah try buat nasi lemak. nasi lemak cara aku yang sesimple dan sekacang mungkin.

jenis manusia terer buat nasi lemak siap buat meniaga lagi takyah peduli resepi nih. ni memang khas untuk manusia spesis aku sahaja. haha

2 benda jer yang kita kena fokus dekat nasi lemak nih. nasi dan sambal. yang lain aksesori jer.

resepi Nasi Lemak

bahan-bahan untuk Nasi :

beras
daun pandan
halia
santan
garam

masukkan semua haban-bahan dalam periuk nasi. sukatan agak-agak jer. ikut banyak mana nak masak. garam ikut rasa. jangan banyak sangat nanti terlebih masin sebab dah ada santan. garam cuma nak bagi naik rasa jer.


bahan-bahan untuk sambal :

*bawang merah
*bawang putih
*ikan bilis
*belacan (secubit)
cili boh / cili kisar
asam jawa
gula
garam

blend ataupun tumbuk suma bahan yang bertanda *. panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang di blend tadi sampai garing. masukkan cili boh / cili kering. masak sampai pecah minyak. masukkan air asam, gula dan garam. masak sampai kuah pekat. tutup api. siap. hidangkan.


dah settle buat nasi dan sambal, aksesori yang lain pandai-pandai ler.. ikan bilis goreng, telur rebus, ayam goreng, timun.. kalau nak tambah lain-lain lauk pon boleh jer. pastu nanti orang pon cakap ko hebat padahal simple jer.. pejam mata pon boleh buat. =P

ok la.. selamat mencuba!



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...