19 November 2015

Travel : Singapore Tour

assalamualaikum...


ni cerita masa cuti Deepavali. cuti kitaorangkan 6 hari. so, sebelum balik rumah pegi jenjalan kat Singapore dulu sehari.

trip kali ni meriah sikit sebab ramai jugak yang join. dalam 8 orang gitu dan semuanya cikgu sekolah aku.

ok laaa.. takyah nak intro panjang-panjang. mati kutu dah aku nak buat ayat. haha. jom la tengok mana ja kitaorang pegi.



Singapore Flyer

tempat pertama yang kitaorang pegi ialah Singapore Flyer. kitaorang bergambar jer. tak main pon..


besor tak hingat menatang nih. haha.

langit hari tu tak biru. mendung jer. sebab nak hujan.



berhadapan Singapore Flyer kita boleh nampak bangunan-bangunan indah di Singapore. kagum betul dengan kemajuan dan kepesatan negara ni..

ok. meh akak payung satu ketul. =P mihmihmih

landskap kat bahagian dalam.. boleh bagi ikan makan kat dalam nih. tapi kita tak bagi pon. simpan duit nak bagi makan kat diri sendiri lagi bagus. haha

minta stranger tolong snap kan gambar.

acah-acah cover album. =P 


Merlion Park

tempat kedua yang kitaorang pegi ialah Merlion Park. rasanya semua orang tau Merlion Park ni simbol negara Singapore. so, kalau tak datang sini memang rugi laa.

van tinggal kitaorang tepi jalan. sebab kawasan ni susah nak parking. jadi, kita jalan la sendiri pegi cari Merlion Park.

tengok banyak sangat bangunan unik terasa macam dalam filem ' Syukur 21 ' plak. eh eh?? kaitannya?? haha

tudiaaa.. dah nampak dah Merlion.. kenapa panggil Merlion? sebab patung tu gabungan Mermaid dan Lion. so, jadi Merlion.. gitu ye anak-anak. hehe

tapi hari ni Merlion kurang sihat. dia tak pancut air pon.. huhu. aku syak diaorang tengah renovation. pasni Merlion tak kuar air dah. mungkin kuar api. haha. baru dasyatttt.

ni pon antara simbol Singapore jugak. bangunan yang bentuknya unik. macam ada sampan kat atas dia. kalau ikut kata Tour Guide, bangunan ni hotel 5 bintang. harga untuk check in semalam, mencecah 1000 dollar. pengsan!


menunggu van..hujan pulak. pakat berlindung dibawah rain coat USS yang aku bawak. share jer sebab suma orang terlupa nak bawak payung. duduk dalam hujan pon hepy jerr.. hehe

Tokong Thian Hock Keng

pastu kami dibawa ke tokong cina... tahnya kenapa Tour Guide bawak kitaorang datang sini. layankan jela..

dikatakan takde satu paku pon digunakan untuk buat tokong nih.. senibina dia memang cantik.. tokong ni menang award jugak.

kita bergambar kat depan-depan pintu jer. tak masuk dalam-dalam. tempat sensitif kan. kang boleh menimbulkan persepsi negatif pulekkk. amboi kau! ayattt.. haha

suka sangat gambar nih. Cikgu Fadeli dan isteri. feeling dah sampai Beijing lettuw! haha


Bugis Junction

pastu gerak pegi Bugis Junction. sini tempat shopping.


best Bugis Junction nih. dia ala-ala macam pasar lambak tapi pasar lambak yang ada class. ada air-cond, pastu teratur jer kedai-kedainya. memang bestla nak shopping. ramai orang, tapi tak serabut. 

murah kan?? tersangkut gak aku beli beg nih.. bagi kat kawan-kawan. kawan rapat jela. kalau suma nak bagi memang bankrup la mak enon. haha

besar Bugis Junction nih. ada 3 tingkat. kitaorang naik setiap tingkat. nak tengok apa yang ada. dah alang-alang sampaikan.. takkan tak eksplore plak.

Kak Siti sempat beli 2 pasang kasut. comel.. 5 dollar jer. kalau convert duit kita pon masih murah lagi. 1 dollar RM3. 5x3 berapa? kira sendiri.. =P

geram aku tengok boot nih. comel-comel, pastu murah plak. kalau ikut nafsu, memang aku rembat jer. tapi aku ikut keimanan, membazir amalan syaitooonn. haha

bersungguh benar shoppingnya.. haha


Masjid Sultan

settle shopping kat Bugis Junction, kami singgah Masjid Sultan plak untuk solat Zohor. orang JB tak layak nak jamak yer.. sekangkang kera jer kau dengan Singapore.

ruang solat dalam Masjid Sultan.. cantik kan?

ada galeri dan sudut info kat bahagian dalam. tapi tak sempat nak tinjau semua sebab masa singkat.


kat belakang masjid nih ada lagi tempat shopping. aku dah tak shopping. kawan-kawan aku ada gak yang sempat lagi membeli. aku bergambar jela..

Singapore Zam Zam

berhadapan dengan Masjid Sultan, ada restoran Singapore Zam Zam yang femes dengan Murtabak nya. so, kitaorang lunch kat situ jer.

lintas jalan dulu. tengok jalan dia. bersih kan?? tempat kita dah tentu-tentu belambak plastik sampah tepi jalan. huhu

masing-masing order nasi. nasi beriyani kambing dan nasi goreng merah.

murtabak daging. sedapppp.. rupa cam sememeh sikit. tapi rasa dia win. Alhamdulillah..

Gardens by the Bay

Garden by the Bay nih antara target kitaorang jugak laa... sebab tempat ni cantik sangat.

pokok besar berakar nih, kalau waku malam dia ada lampu warna-warni. siap ada muzik lagi. lampu akan ikut rentak muzik. ok.. cerita macam penah tengok kan? haha. aku dah google dulu pemandangan indah di waktu malam kat Garden by the Bay. malangnya aku dapat sampai kat sini waktu siang. so, tak merasala suasana romantik tu.. cewah!

tapi takpe... dapat sampai sini pon dah besar rahmat. cantik jugak datang siang pon. sebab tempat ni memang indah.

wefie.. tapi memberat belah kanan nampaknya. kenapa gigih sangat bersesak sedangkan kiri masih kosong? haha


teruja dan gembiraaaa..


meh kita explore kawasan nih..

segar jer udara dok celah-celah tumbuhan nih.

kawasan cactus..




kat bawah nih ada aquarium..

ada ikan besar-besar dalam nih. tapi ini jela. nak tengok ikan banyak-banyak pi S.E.A Aquarium. hehe.




Masjid Muhammad Salleh & Makam Habib Noh

untuk solat Asar kitaorang berhenti kat Masjid Muhammad Salleh. tak sure dia tengah renovation ka apa, tapi kitaorang tak naik atas tu.

kitaorang solat kat bawah. dia tulis Masjid Sementara.. Makam Habib Noh tak sempat nak ziarah sebab rushing. huhu.

Sentosa

pastu Tour Guide bawak pegi Sentosa. masa masuk tu kena bayar sorang 2 dollar. 2 dollar tu untuk naik train. pastu dia ada bagi map. so, kita boleh tengok la tempat apa yang menarik dekat setiap stesen. ada 4 stesen, boleh stop dekat setiap stesen untuk jalan-jalan.


merasa gak nek train kat Singapore. feeling cam backpackers plak. haha.

suka sangat dengan cara diaorang handle keluar masuk orang kat train nih. teratur jer. nak masuk kena beratur dulu. bila train sampai, dia suh orang dalam dulu keluar. dah habis keluar, baru dia bukak tali untuk yang kat luar masuk train. so, takdela berlakunya tolak menolak macam train kat KL nuu.. siap bergaduh depan pintu lagi. habis, orang kat dalam tak sempat nak kuar, yang kat luar dah sibuk rempuh nak masuk. ish ish. menyabor jelaa..

atas train, boleh la tengok pemandangan..

kitaorang terus ke stesen last iaitu Sentosa. kuar jer train terus masuk Vivo City. mall yang besar gilaaa.. kitaorang memang takla nak tawaf mall nih. mau sehari suntuk pusing pon tak habis. terus menuju keluar jer. tengok pemandangan.

mall ni bentuk dia unik sangat. nak snap gambar dari luar tak dapat plak. tapi seryes cantik hokay.


kau paling tinggi tapi dok paling depan. hehe


kanak-kanak ribena. haha

ramai jer orang kat sini dok melepak tengok pemandangan.. nampak tak bintik-bintik kecik yang tergantung tuh? haa.. tu cabel car.

ni dah kira macam separa taman tema la. ada mainan untuk kanak-kanak..

ok.. naik train balik. turun kat Waterfront.

tadi kena berdiri. kali ni boleh duduk.. hehe

dekat Waterfront nih boleh ke S.E.A Aquarium, USS dan banyak la lagi.

kita bergambar jer..

datang kali kedua pon masih jugak nak posing kat sini. hehe. takpelaa.. bukan kena bayar pon. =P

itu hari singgah kedai coklat nih dah malam. jadi tak nampak. so, kali ni jadi meroyan nampak ceklat banyak-banyak.. haha

bergambar jer.. nak beli ceklat tu tak mampu dah. mahai hai hai.


ok.. naik train semula. terus ke Beach Station. dah tak singgah Imbiah sebab dah lewat. lagipon tengok kat map, dekat Imbiah ada Merlion Park. kan dah pegi tadi.. so, tak perlula nak singgah. dekat Beach Station pon takde apa.. so, terus jer balik.

hasil shopping-shopping kat Singapore. dapatla beli tshirt, beg, keychain dan fridge magnet. serba sikit jer.. sebab tukar duit pon tak banyak. tapi dapat la bagi dekat family dan kawan yang rapat. Alhamdulillah...




terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...