29 March 2016

Travel : Beijing, China (Day 3)

assalamualaikum...


klik link dibawah untuk baca entry sebelum :


yeah! dah masuk hari ketiga. haha. azab pulak aku nak habiskan siri travel ke Beijing nih. macam tak sudah-sudah pulak. =P

haa.. tunjuk sikit sarapan kami pagi tuh. setiap pagi mesti ada roti dan jem. jem blueberry dia sedap hokay. siap Cikgu Quek mintak beli, nak tapau bawak balik. malangnya diaorang tak jual. jadi takleh tapau. yang merah kat sebelah tu, sayur tomato. 

jagung goreng.. sedap yang hamat. hehe

taktau nama apa.. tapi rasa dia macam kuih cakoi. rupa pon macam  kuih cakoi gak kan?

dah pakai magic scarf yang beli kat kedai sutera semalam. hehe. tempat makan kitaorang dekat gua yang special sikit. bebetul tersorok dihujung kedai.

walaupon tersorok, tapi rupa parasnya masih normal. tidak menyeramkan. jadi kami boleh makan dengan riang gembira.

Kedai Jade

destinasi pertama pada hari ini ialah kedai jade.


macam biasa.. ada sorang staff yang akan datang layan kita.

jade ni antara salah satu kepercayaan diaorang boleh memberikan 'ong' ataupun dalam bahasa kita boleh bagi 'tuah'. pengunjung kat sini ada yang masukkan duit dan buat hajat. bagus pulak takde orang curi.. selambak duit dalam nih pon diaorang relaks jer.  

staff ni ceritala pasal batu jade yang bagus. macammana nak kenal batu jade asli. ada beberapa demo yang dia buat. antaranya cuba bakar jade. memang api tak telan sebab jade sejuk. pastu kenal pasti dengan bunyi. semakin nyaring bunyi semakin kurang kualiti. itu hipotesisnya.. heee.. ntah betul ke tak hipotesisnya. aku pon dah lupa. maklumla.. pegi tahun lepas sekarang baru nak update. kalau kurang percaya boleh google eh. sebab aku sendiri pon tak percaya diri. hee

cantik kedai dia..


bantal jade.. ada fungsi tak silap aku. boleh sembuhkan penyakit.


banyak jugak barang yang dihasilkan daripada batu jade nih.. 

16ribu yuan beb! (telan ailio)

yang murah-murah dan mampu milik pon ada.. bukan yang mahal jer ada kat sini.

nengok Kak Nia.. acah-acah jer cam nak beli. tapi tak beli jugak. hehe.


sambil tunggu kawan-kawan lain membeli, kita tengok diaorang buat jade.. aku memang tak beli langsung kat kedai jade nih. sebab tak minat.

penat dah dok pusing-pusing, kita kuar jela. tengok uncle nih jual apa..


ambik gambar jer. tak beli pon sebab dah kenyang. hehe

Kedai Kristal

selesai kedai jade, pegi kedai kristal plak..

Anita tunjuk peta China. nak bagitau kampung dia dengan kampung suami jauh. cinta berputik di Beijing. hehe

cerita pasal kristal plak.. batu kristal macammana apa suma..

Ibu Suri.. Maharani yang kejam. sebelum kitaorang sampai sini, adalah si Anita cerita pasal Ibu Suri nih dalam bas. best dengar cerita Anita pasal sejarah Ibu Suri. nak tolong cita kat korang malas pulak. berjela-jela aku kena taip karang. pi google sendiri la yer. baju dia tu suma dari kristal. tak berat ke bu??

ni bantal dari kristal.

kristal merah. katanya ada cara nak gosok untuk merawat penyakit.

Kak Nia menjampi supaya putera raja cepat datang masuk minang.. haha ( ko pikir lawak?? =P ) sowy Kak Nia. Ceq guwau. heee. 

masuk dalam bilik plak. penerangan lagi

spek kristal.. rakyat marhaen macam aku nih kalau dapat tukar spek kaca kepada kristal, memang besar rahmat. takpela.. tak mampu lagi.


dah nama masuk kedai kristal, memang banyakla accesories nya..


belek-belek jer.. takde beli apapon. aku sebenarnya tak minat sangat benda-benda gini. bukan aku pakai pon. kalau emas ok gak. hehe

pokok bunga kristal..

kristal merah nih ada size kecik. tapi harga tak berapa kecik la yer..

makan dekat dalam kedai kristal ni jugak. tapi tingkat atas.

makan kat China tak sah tak penuh lauk satu meja.

solat pon dekat tempat yang sama. tapi naik lagi setingkat. ada surau. tertarik dengan uncle nih. cuci toilet tapi baju smart macam kerja hotel. pastu rajin sangat.. tak henti-henti mop. kalau kat negara kita gini kan bagus. tak kisah keja apa. smart jer.. barula rasa yakin.

aunty ni pon sama. jaga surau.. sentiasa jaga susunan kasut. takde sepah-sepah. 

Tembok Besar

lepas solat, kami menyambung perjalanan menuju ke utara Beijing untuk menawan Tembok Besar. cewahh ayat! haha. yoyo oo jerk.

bahagian utara agak sejuk. jadi dalam perjalanan memang nampak salji memutih dimana-mana.

menurut Anita, orang Beijing kalau tak pernah datang ke Tembok Besar nih dianggap penakut dan bukan pahlawan. pastu dia kata kitaorang hebat sebab hari pertama jadi Maharaja masa pegi Forbidden City. hari kedua jadi gundik sebab pegi Summer Palace. hari ketiga jadi pahlawan sebab datang Great Wall. kembang kempis hidong! ahaha.



berkobar-kobar betul masa nih nak memanjat. hehe

sekali baru start panjat anak tangga pertama, ' alamak! besornya anak tangga dia. boleh ker nak naik ni? ' haha

panjang ok tembok nih. melingkar macam ular tedung pada pandangan jauh. taktau la mana hujung mana pangkal.

pegi masa winter.. jadi ais ada dimana-mana..


selfie dulu sebelum apa-apa..

hat nih yang buat kita ketaq lutut.. anak tangga penuh dengan ais. licin ye tuan tuan.

kawan-kawan dah start mendaki. aku dok gigil lagi kat bawah. haha

pastu dok bagi kata semangat kat diri sendiri. dah datang jauh takkan tak nak cuba. rugilaa.. 

jadi, kita pon start panjat dengan Kak Nia. memula cabar diri naik 10 anak tangga jer.

10 anak tangga naik pelan-pelan. selawat istighfar. pastu gembira sebab sampai. pastu ajak Kak Nia naik lagi 10 tangga.


naik punya naik, tengok ais makin banyak. licin sampai rasa macam nak tergelincir. sumpah takut. huhu. last-last dapat naik sampai 18 anak tangga jer. dah tak berani.

nampak tak betapa banyaknya ais? kat sini jer yang termampu. takmau ambik risiko. takut kalau tergelincir, terus tak boleh jalan. baru padan dengan muka. huhu

naik tadi satu hal. nak turun pon satu hal. gayat!! mengetaq nak bawak turun kaki. haha

dah nak sampai bawah baru rasa lega sikit hati nih. hehe

orang lain ada yang dah panjat jauh ke atas sana. antaranya Kak Wahid, Kak Sarah dan Kak Siti. memang daebak la. tabik spring kat depa.

oleh kerana tak puas hati, kami gerak pegi bahagian lagi satu. haaa.. bahagian ni tangga dia kecik-kecik. pastu ais pon tak banyak. boleh la cuba.

anak tangga kecik-kecik. tapi tinggi. pastu struktur tangganya menegak jer. jadi masa panjat memang ko kena ingat tuhan banyak-banyak. jangan pandang bawah. masa aku panjat ritu, ramai-ramai. sambil naik sambil bagi semangat. kira macam semangat setia kawan tu kena kuat la. supaya kita sampai atas bersama-sama. sweet ke tidok?? haha

masa nak naik tu, tangan tak lepas daripada pegang besi tangga sebab angin sangat kuat. dah la sejuk. angin pulak. tapi walaupon sejuk, gigil satu badan, tak berani nak lepas kan tangan daripada besi. naik jer terus. sambil tu memang berair hidung baq ang. aku redho ja masa tuh.. dengan muka rasa kebas. haihh.. pabenda tah. korang paham tak nih perasaan aku masa tu? tak paham sudah. haha

dah selamat sampai atas.. struktur tangga menegak. sampai tak nampak anak tangga bawah. nak snap gambar ni pon gayat sebenarnya..

gembira betul bila dah sampai atas. tapi tetiba terfikir. acane plak nak turun karang. ayok!


takpela.. hepy hepy dulu kat atas nih. hehe


banyak gerai-gerai jualan gini. kat bawah sana pon ada. tapi tak pastila kalau naik makin tinggi ada lagi tak gerai gini.

diaorang ni pandai gak cakap melayu. nampak sangat orang melayu banyak datang sini. hehe.

nasihat aku, kalau korang nak memanjat, ikut kemampuan diri. jangan paksa kalau tak mampu. buat mana yang mampu sahaja. sebab kita bercuti nak gembira. nanti kalau sakit, bukan ko jer susah. orang lain pon susah. sekian. haha



bila tengok pemandangan indah kat atas nih, mula la aku jadi syahdu-syahdu. sumpah aku bersyukur sangat dengan peluang dan rezeki yang Allah bagi. tak tergambar dengan kata-kata. Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar.



geng memanjat.. 5 orang kami jer. yang lain ikut kemampuan masing-masing. yang stamina lebih, pegi panjat tembok hat mencabar tadi. yang sederhana macam kitaorang, panjat tembok kecik sikit. yang semput, dok kat bawah, menunggu jer. haha

pastu turun bawah, nampak Kak Salmi dok gembira main salji sambil selfie sorang-sorang. haha. kami pon join sekali.






salji tak turun pon.. Kak Wahid bagaikan jelmaan Santa Claus memahami perasaan rakyat Malaysia yang tak pernah rasa salji, lalu membantu dengan mencampakkan salji supaya salji kelihatan turun di dalam gambar. rasanya Kak Wahid dah sangat berjaya. haha.

takde caption la eh.. korang tengok jer gambar kitaorang dok feeling-feeling main salji.




tetiba Kak Rose dan Kak Sarah jumpa tanah lapang. pastu ajak kami bergambar pulak kat situ. haihhh.. cantiknyaaa!


ok.. dah settle kat Tembok Besar. dah nak gerak tempat lain pulak.

Kedai Ubat

destinasi berikutnya kedai ubat. bak kata Anita, selepas jadi pahlawan, badan mungkin sengal-sengal. jadi bagus datang cari ubat. punchline sangat tu Anita oiii.. haha

dia dah start nak jual minyak. eh? haha. jual ubat.. dia cerita la jenis-jenis ubat yang ada. pastu fungsinya. China kan terkenal dengan herba-herba bagai.

buat pemeriksaan darah. Alhamdulillah ok. cuma tak lancar sangat sebab dia kata banyak lemak. haha. kurang senam katanya. =P pastu dia syorkan beli gelang kesihatan. nampak tak gelang yang kat hujung meja? katanya baik untuk kelancaran darah, jantung pastu apatah lagi. dah tak ingat. 

diorang ni beli la gelang kesihatan.. tu pasal posing iya iya macam duta. dok menunjuk gelang. haha. aku beli koyok jer. takkan nak tunjuk koyok plak. haha. kuasa sangat.

pas dah settle kat kedai ubat, kitaorang makan malam dekat restoran berhampiran hotel..

lepas makan malam, Kak Rose dengan Kak Sarah ajak jalan-jalan dekat kedai depan hotel. kita pon follow jer.

diaorang nak tapau kacang bawak balik..

pastu singgah tengok-tengok gerai tepi jalan.

tahannya u aunty.. musim sejuk nih bukak gerai malam-malam. suhu dah negatif kot. huhu

pastu masuk Lotte Mart. saja tengok-tengok pasaraya diaorang.

akhirnya dah kepenatan sebab takde benda nak beli, pastu bersidai di dinding macam mintak simpati. haha. ok. dah settle untuk hari ketiga, ada 2 hari lagi. fuhhh!

sebelum terlupa.. 17 Mac 2016 bersamaan 8 Jamadil Akhir, Abang Fendi iaitu travel agent kitaorang (dalam gambar dia duduk sebelah kanan) telah kembali ke rahmatullah.. Abang Fendi ialah suami kepada Kak Salbiah. terkejut sangat dengan pemergian Abang Fendi. sepanjang kenal Abang Fendi, beliau seorang yang sangat baik. kalau ada kesempatan, dalam bas Abang Fendi selalu bagi motivasi dan inspirasi. macammana nak jadi orang kaya dan berjaya. tips-tips yang sangat bermanfaat. malah kitaorang sendiri pernah jemput Abang Fendi datang sekolah untuk bagi ceramah motivasi ibubapa. sampai sekarang rasa macam tak percaya Abang Fendi dah takde. huhu

semoga Kak Sal dan keluarga tabah dalam menghadapi kehilangan ini. didoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin.. Al-Fatihah.


terima kasih buat yang sudi membaca<3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...