28 December 2016

NAIM & NAQHIAH : Akad Nikah

assalamualaikum...

sebulan dah mendirikan rumah tangga. tapi belum berkesempatan nak share cerita kat blog.. iolls busy menguruskan rumah tangga. ececeh. haha. ni dah start PJJ, sempat la nak bukak laptop. bolehla menulis sambil flashback hari bahagia disaat hati sedang kerinduan. heee..

entry kali ni aku share pasal majlis akad nikah dulu. walaupon akad nikah dan walimatul urus hari yang sama, aku sengaja tak mau sekali kan. biar nampak perjalanannya.. dari shy shy cat ke aummm rimau. haha. nak buat camna kan.. nama pon jodoh atas keluarga, of coz kekok dulu memula. pastu pelan-pelan dijinakkan. =P 


majlis akad nikah diadakan pada 26 November 2016 di Masjid As-Salam Bukit Sentosa.. 

dalam pukul 9.00 pagi semua dah berkumpul kat masjid. 

akad nikah patutnya mula pukul 9.30 pagi. tapi tok kadi datang lambat sikit. jadi pukul 10.00 pagi


Hantaran Sebelah Perempuan

sepanjang tempoh membuat persiapan kahwin, kitaorang tak pernah keluar atau berjumpa berdua. persiapan masing-masing buat sendiri. kami cuma berjumpa dua kali untuk fitting baju kedua-dua kenduri, tu pon dengan family. jadi hantaran dalam dulang kitaorang main tukar-tukar je masa jumpa. masing-masing beli barang sendiri pastu tukar. tapi untuk barang peribadi jela. yang makanan tu tambah la sendiri..










eh.. lupa pulak. cincin ni aku yang belikan. yang ni last minit punya barang. mujur adik Qibah ingatkan. masa nak beli cincin ni ada rasa was-was dengan size. aku nak main bedal je beli. tapi bila tanya-tanya dengan cik abang tetiba dia nak datang pulak nak cuba. jadi, ni kali ke 3 pulak kita jumpa untuk persiapan kahwin. hehe.



hantaran ni suma bukan kita gubah sendiri. upah sajooo. haha. sebab takda masa nak gubah. lagipon kita memang jenis tak kreatif. upah dekat Ika Katijah Katering, 10 hengget je dia ambik untuk satu dulang. murahkan? 


Hantaran Sebelah Lelaki

memandangkan suami adalah anak tunggal, diaorang memang bertungkus lumus la untuk majlis ni. hantaran gubah sendiri. siap tak tido malam menyiapkan hantaran. dasattt..











make up kita by Kak Naha NNaha Wellness Spa. Spa Kak Naha sekarang dekat Bukit Beruntung. senang ja dengan Kak Naha ni. nak pakej pengantin suma pon boleh. lengkap suma. aku buat facial, scrub, mandi susu suma dengan Kak Naha jer. make up pon request nak jenis yang natural.. taknak bulu mata pelesu dan cukur kening.  eh. ada cik abang kat belakang. hehe

keliling kita suma kengkawan sekolah yang datang jauh dari Johor. terima kasih kakak-kakak suma. aihhh.. berseri aih pengapit kita kat sebelah. tak lama dah rasanya.. hehe

adik-beradik yang banyak sangat tolong.. walaupon masing-masing duduk jauh, sanggup jugak balik untuk tolong kak yong depa nih. terima kasih banyak-banyak.


Amir acah-acah macho kat situ tak pandang kamera. wekkk!

dah cukup dah family kita.. tapi adik ipar hilang pi mana tah masa nih.

baju nikah ni aku beli siap dekat Bella Ammara. beli sendiri sebab aku tak yakin nak sewa baju putih dekat butik. nanti seksi pulak. kenapa pilih putih? sebab ini jela harinya kita nak pakai putih. masa akad biar nampak suci. nampak la lain sikit hari ni sebab pakai putih. kaler lain hari-hari kita boleh pakai. cenggitu. hehe

keluarga sebelah lelaki..

tok kadi dah sampai.. 

semak-semak borang dulu. nak pastikan pengantinnya betul ke tidak.. hehe


ayah wakilkan ustaz untuk akad.. sebelum tu, kena dengar khutbah nikah dulu.

ada 2 pengantin sebenarnya hari nih. yang pakai baju biru tu pengantin jugak. ada kawan kurang nebes sikit ye bang? hehe.

seronok apa tak tau masa nih.. kena ngusik agaknya. hehe

kita kat belakang tenang-tenang jer.. menikmati saat-saat berakhirnya zaman bujang. cehhh..


konon tenang.. padahal macam nak pecah gak jantung berdebar. haha. Kak Husna dok suruh selawat banyak-banyak.

ok.. dah mula akad.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, sah bergelar suami isteri. ^__^

muka puas sebab sekali lafaz ye bang? hehe


syukur Alhamdulillah.. selamat semuanya. kenapa Kak Husna yang sedih?? haha

suami baca lafaz taklik sambil diperhatikan oleh adik ipar.. hehe. oh lupa. adik ipar dengan pak lang Din ( pakai baju kuning tersorok belakang suami ) yang jadi saksi masa akad nih. terima kasih.. kita dengar ya lafaz taklik nih. dengar dan faham sebab ini sangat penting dalam perkahwinan. bukan main-main.

lepas solat sunat baru teruskan dengan batal air sembahyang. malu ok masa nih. mana penah kitaorang dok dekat camni.

suami hadiahkan seutas gelang tangan emas. masa nak pakai ni bukan main nebes. orang keliling dok mengusik dah.


suami jugak yang tenang. pelan-pelan dia pakaikan gelang tu sampai sempurna duduknya. 

amboi ibu. photoboom nampak. haha. comey jerr. 
lepas dah berjaya pakaikan gelang patutnya kena salam. aku jadi cam lupa. aku boleh senyum-senyum tengok orang keliling. pastu adik aku si Jiha sound " salam woi! " eh?? haha. terlupaaaa!

cecepat pegang tangan suami pastu salam. pastu tak tau aku punya salam macammmm..@##$%^*&*(*&^ hahaha. aku tak tau camna nak salam. aku ingat cara aku salam selama ni dah ok. aku memang tak pernah cium tangan orang kot. baik ayah ke mak ke aku letak jer tangan kat kepala. so, apply benda yang sama jugak masa ni. tak sangka keliling orang gelakkan aku. adik aku puas bagi cara, aku tak leh buat. aku maluuuu. huhu

dah tak boleh buat, teruskan jelaa.. suami redha jer. haha. nasib la dapat bini sengal tapi comel cenggini. haha. pastu kita pulak sarungkan cincin.


ibu jadi orang tengah.. haha. tak berganjak. ni mas kahwin. RM300.

membaca doa.. mudah-mudahan jauh dari perkara buruk dan taatlah kepada suami.

kawan-kawan ibu dengan ayah. awal pagi dah datang. yang hujung sekali pakai baju purple tu Datin Aja tak silap. aku tak kenal sangat. tapi dia beriya betul kalau nampak aku. macam suka sangat. hehe.

tadi dok hujung sana, dia mintak tukar nak dok sebelah. hehe. comel jerr..

keluarga baru.. ibu dan ayah.

mak dan ayah & ibu dan ayah

Alhamdulillah.. daripada 7 orang sekarang dah jadi 9 orang. insyaAllah lepas ni akan bertambah-tambah jadi lebih besar..

masa dok bergambar ni sepupu dok usik-usik. suh pegang tangan. kita maluuu..

dalam malu-malu tu, hulur la sesikit tangan..

eh? dah pegang? haha. berjaya akhirnya.. =P

kengkawan dari Johor yang diberi kelonggaran tak join program sekolah untuk hadir majlis aku. Kak Eva tak tau mana. Anis tak datang lagi masa nih. terima kasih banyak-banyak. datang jauh-jauh pastu kena tolong pulak tu. semoga Allah murahkan rezeki kalian semua. *melentok sungguh Kak Salmi. haha

ni sepupu sepupu senior.. depa ni la yang dok ngusik sakan pastu renggah gelak bila kita buat sengal tadi. =P sukaaa nooo. apa-apapon terima kasih mai awai-awai tengok akad. cukup plak tu 5 beradik. terharu sungguh!

sepupu suami.. tak ingat dah sapa. hehe

keluarga sebelah lelaki.. ramai kan?? belah kita dah lari balik. nak pi tengok dewan. dah tak dan dah nak bergambar. hehe

apa-apa pon gembira sebab semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih semua yang membantu dan mendoakan. terima kasih en.suami sebab terima diri ni seadanya. walaupon perangai tah apa-apa tak masuk akal, suami cool jer layan. harap bertahanla selama-lamanya.. ^_^ 


insyaAllah next kita tulis pasal majlis walimah plak yaa.. tungguuuuu..



terima kasih buat yang sudi membaca <3

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...