27 September 2016

Travel : Beijing, China (Day 4)

assalamualaikum...


klik link di bawah untuk baca entry sebelum :


aku ada rasa ragu-ragu nak sambung kisah ke Beijing ni. sebab cerita dah lama gila. pastu ahli group kitaorang pon dah 2 orang yang meninggal. Arwah Abg Fendi dan juga Kak Dania. tapi bila fikir-fikir balik, ini la kenangan yang ada. last kita pegi jalan bersama. jadi, aku akan habiskan siri Beijing nih walaupon sedih. T__T

masuk hari ke-4, sarapan pagi dah tukar jadi mee goreng. hehe. sebab ramai yang complain bosan asyik makan nasi jer siang malam. sedap betul dia punya mee. sebab mee buat sendiri. kalau korang penah makan mee tarik, cam gitu la rasanya.

Kedai Perhiasan ( Jewelry )

lepas makan, kami dibawa ke kedai jewelry. 



nampak Kak Dania teropong.. hehe. dekat kedai ni ada macam-macam jenis barang hiasan. jed, mutiara, kristal..

sambil menunggu staf dia buat penerangan, diaorang hidangkan teh..

memang sedap dapat minum air panas time sejuk. rasanya tawar. biasala orang cina kalau buat air, memang jenis kedekut gula. tapi itu yang bagus. tak macam kita la yang asyik nak manis je suma.. pastu penyakit. huhu. nauzubillah.

ok.. ni dia terangkan la segala jenis barang perhiasan.. pastu dia suh try pearl cream. pas dah dengar penerangan, boleh la shopping dalam kedai. macam biasa aku memang tak minat benda hiasan gini. tapi aku beli pearl cream jer. sebab macam best jer dia punya cream. 

Stadium Sarang Burung

selesai dekat kedai jewel, kami pegi ke stadium sarang burung. tapi bukan masuk dalam stadium. tengok dari luar je untuk ambik gambar. dalam stadium takleh masuk. 

sebenarnya masa awal pagi turun dari hotel kitaorang dah heran. kenapa gelap sangat hari ni? nak turun salji ke? dalam dok buat spekulasi sendiri, Anita menyampuk. " bukan. hari ni jerebu. " laaa.. haha. baru excited nak tunggu salji turun. =P

memang kelabu asap la cerita dia.. hehe

kelabu asap pon cantik jugak kan?


Beijing Olympic park

pastu nampak mascot comel-comel. 

jerebu teruk. bangunan belakang terus tak nampak. nampak skrin dia jer. tu pon samar-samar. tapi takpe.. biarla kat sini jerebu. jangan hati awak jerebu. nanti tak nampak saya pulak. eh? haha. cia cia tak jadik. =P

sepatutnya kita boleh nampak la bentuk stadium sarang burung yang cantik, macam dalam gambar.. malangnya...

kami cuma boleh nampak bayang-bayang jer.. huhu

punya banyaknya ais dekat lantai. tersilap langkah membawa padah.. gedebuk jatuh. haha


ini jela pemandangan yang kita dapat lihat. dah la sejuk gila.. 

aku rasa cam comel. so, aku snap. hehe

Kedai Souviner

seberang jalan dari Stadium, ada kedai cenderahati. kena jalan sikit sebab dia dekat belakang. 

turun tingkat bawah, jumpala kedainya..



kat dalam ni, macam-macam la kita boleh beli untuk hadiahkan dekat family ataupun kawan-kawan. t shirt, fridge magnet, key chain, bekas tisu, wallet, eh.. macam-macam la. murah insyaAllah.

selesai shopping, pegi makan tengahhari pastu solat. ni kitaorang buat perangai dekat masjid. hehe. sebab cantik sangat.. takleh nak lepaskan peluang untuk bergambar.

kenderaan apatah ni.. Kak Dania excited nak bergambar dekat sini. hehe. tapi memang unik pon kan. kat negara kita takde.

ececeh.. cover album sangat.. hehe.

auntie ni orang tempatan. masa dia nampak jer kitaorang, dia tetiba excited. senyum-senyum pastu lambai. jadi kami ajak bergambar. dia tak pandai cakap english. jadi buat gaya jer.. hehe.

Kedai Teh

ok.. pegi kedai teh pulak..


dah datang kedai teh, mestila dia bagi kita rasa teh kan..teh yang ni sedap, pekat sikit.

cute je diaorang nih.. dah la ayu jer buat teh. 


banyak penerangan yang diberi sebenarnya. jenis-jenis teh. teh ni datang daripada mana.. teh apa yang sesuai untuk merawat penyakit. pastu setiap kali dia cerita teh ni teh tu, dia suh kita rasa. bab rasa tu yang aku suka. haha. 

acah-acah macam gadis pembuat teh. ternyata... ko memang kejung! haha

Pearl Market

Pearl Market nih tempat shopping.. wajib la datang sini kalau ke Beijing. baru ko tahu betapa untungnya kita sebab lahir kat Malaysia. huhu.

nasihat aku, kalau ko pegi dengan agent, pastu duit pon bawak tak berapa banyak, bawak-bawak la bersabar. sebab hari ke 4 baru dia bawak kita pegi shopping. sebelum ni pegi kedai goverment jer. kat kedai goverment tu yang ko kena istighfar banyak sikit. kalau tak rasa penting, takyah la beli. nanti hujung-hujung dapat pegi kedai cenderamata, mengagau poket kosong. huhu

Pearl Market ni besar.. setiap tingkat, ada jenis-jenis dia. contoh, tingkat ni baju. semua kedai baju jer.. handphone, handphone jer suma.. kemas la kiranya.. walaupon kat dalam dia nampak kemas, tersusun rapi, tapi peniaga kat sini memang jenis gangster. melangkah masuk jer, ko rasa macam masuk pasar borong. kat sana sini dengar orang memekik. terkejut gila. peniaga dia memang jenis kurang ajar. ko tanya tapi ko tak beli, memang siap la dia herdik maki ko. kalau ikut hati macam nak tampar jer mulut diaorang yang asyik memekik. bingit tahu bingit! tapi dalam hati jela.. haha. mana aku ada keberanian nak jadi cam gangster gitu.. =P

ni kedai yang Kak Salbiah recommend. kat sini nak beli alas meja, bekas tisu suma murah.. 5 yuan, 10 yuan jer.. mampu la. pastu dia punya peniaga baik. sebab Kak Sal regular customer aku rasa. yela.. dah selalu datang. ko nak menyinga kenapa lagi kan? customer lari baru tau.

aku memang nak beli bagasi. sebab bagasi yang aku bawak dah tak muat. so, kena tambah lagi la.. dah banyak shopping kan. bagusnya diaorang ni tak letak price tag. bila kita tanya baik-baik dia nak menyinga. dasar betul!! haha. habis kalau dia letak harga sampai 1000 yuan takkan aku nak beli ja sebab takut dia. lantak ko nak maki ke apa.. tapi memang banyak kedai la terpaksa buat muka tebal tanya untuk dapatkan harga yang kita mampu. itu pon Kak Wahid yang berani tanya. kalau aku, tahla,, mungkin aku menangis kat penjuru kedai sebab tak tahan. haha.

last, tiga-tiga beli beg yang sama jer sebab malas dah nak bergaduh. dah selesai beli terus tunggu kat tepi pintu jer sampai suma orang habis shopping. dah taknak pusing dah. tensen tengok cara diaorang meniaga. tak hormat customer langsung. dengan orang tua pon dia marah-marah. tak faham aku. huhu. baik kat Malaysia. nak shopping pon tenang jer. tanya belek-belek tapi tak beli pon takpe.. siap diaorang ucap terima kasih lagi. baru la betul, ' budi bahasa budaya kita '..



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...