17 September 2017

resepi : ayam goreng serai

assalamualaikum..

kembali kita ke segmen masakan yang mana hanya terjadi setahun sekali di blog ini. kahkah. resepi ayam goreng serai ni aku ambik dari buku resepi Chef Hanieliza.

plan asalnya nak buat ayam goreng berempah. sekali masa cari bahan dekat kedai, daun kari takde. hmm.. tak best la. makanya aku tukar dari ayam goreng berempah jadi ayam goreng serai.

rupa dan rasa tak lari jauh pon dari ayam goreng berempah. lebih kurang jer..

so, jom la tengok resepi.


bahan-bahan Ayam Goreng Serai :

of coz kena ada ayam.. aku guna chicken wings. sukahati la korang nak guna ayam jenis mana.. banyak mana.. terpulang. benda boleh adjust bro. =P


bahan perapan :

* serai
* cili padi
* bawang putih
* kunyit hidup
* halia
* garam

konsepnya sama.. takde sukatan. agak-agak jer mengikut banyak mana ayam yang korang nak masak. makin banyak ayam makin banyak la kuantiti bahan. nak pedas lebihkan cili. nak masin lebihkan garam. haha. * macamlah orang taktau menda tu.. booo


blend suma bahan-bahan perap tadi.. tak mau blend nak tumbuk pon boleh.. bau dia masa dah blend ni menggoda hokay.

pastu apa lagi.. perap dengan ayam.. paling sekejap setengah jam. paling lama ikut la.. aku perap dalam 4 / 5 jam. baru best. suma bahan-bahan dah serap dalam ayam.

pastu goreng dengan minyak yang banyak dan panas.. guna api perlahan jer sebab kalau guna api yang besar nanti dalam tak masak tapi luar dah hangit. so, bawak bertenang ok. biar lama sikit goreng asalkan ayam tu boleh makan.

haaa.. ni dia rupa ayam yang dah siap.. mengancamkan? hehe

senang sangat kan nak buat resepi ni? pejam mata pon boleh uolls. please la cuba. please la..


ayam goreng serai ni aku serve dengan nasi lemak. sebab plan asal, nak buat nasi lemak ayam berempah. tapi ayam goreng serai ni sesuai sangat jadi pengganti. takde cacat cela langsung. pastu nak makan dengan nasi berlauk pon boleh sangat.

aku boh dalam tupperware sebab tinggalkan sikit dekat housemate. sebab masa ni husband aku datang JB. standart kalau husband datang memang aku masak bawak bekal pegi hotel. nak save bajet katakoo.. haha. 

ok la. selamat mencuba. @_@



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...