13 April 2018

Bandung, Indonesia : Maribaya & Kawah Putih

assalamualaikum...

ya Allah lamaaaanyaaaaa tak update blog.. dekat 4 bulan lebih rasanya.. grrrr.. busy betoi dengan kehidupan. terfikir jugak bila dah lama sangat tak update ni, macam nak tutup je blog ni. malas dah rasanya nak menaip cerita panjang-panjang. share gambar kat IG jer kan senang. tapi sayang pulak.. dah lama dah share macam-macam kat sini. so, takpela.. kita teruskan jela. ada cerita, ada masa, kita update. kalau tak, dok la diam-diam.. huhu

cuti hujung tahun hari tu, aku dan suami pi jalan-jalan kat Bandung, Indonesia. short vacay 3 hari 2 malam jer. 

 bertolak subuh hari dari KLIA 2.. dalam 2 jam gitu sampai airport Bandung. dekat airport dah ada supir yang tunggu kitaorang. kitaorang ambik pakej private dengan Ayden Averroes.

The Lodge of Maribaya


destinasi pertama ialah ke The Lodge of Maribaya. tempat ni sesuai la untuk orang yang kaki bergambar dan nak nampak rare.


contoh permainan yang ada dan boleh bergambar.. gambar semua diambil oleh staf dia sendiri. nanti sebelum keluar kita boleh ambik gambar dekat kaunter. tapi kena bayar la. sekeping gambar tak silap aku dalam 10 ribu rupiah. setiap permainan pon ada bayaran dia. kiranya tempat ni kos jugak la. sebelum masuk dah bayar. pastu nak main kena bayar. nak ambik gambar pon bayar. huhu.

 kami tak main sangat bukan sebab gayat. permainan diaorang ni lebih kepada camera trick. nampak macam tinggi tapi sebenarnya rendah jer.tapi yang menghalang kami dari main benda-benda tu suma sebab alat keselamatan yang nak pakai kat pinggang tu suma orang lelaki yang pakaikan.. macammana pulak nak bagi dia sentuh kita sesuka hati ye dak?

so, kitaorang bergambar dekat tempat biasa-biasa jer. sambil tengok-tengok gelagat orang.


 restoran sarang burung. unik. tapi tak boleh masuk kalau tak makan.. bergambar dari jauh jer..



ini jer yang kitaorang lulus nak bergambar. sebab naik belon ni tak payah pakai alat keselamatan tu. jadi la dapat 2 keping pon. hehe

selesai dekat Maribaya ni, kitaorang pegi makan pastu terus balik hotel rehat. sebab masing-masing letih, plan nak pegi Farm House dibatalkan. esoknya baru sambung berjalan ke Kawah Putih.


Kawah Putih

kalau datang Bandung tapi tak datang Kawah Putih ni rugi rasanya.. tempat macam Maribaya tu, tempat buatan manusia. kalau ni pulak ciptaan Allah. semulajadi. of coz feeling dia lain. dekat Bandung ada 2 kawah gunung berapi yang popular. satu Kawah Putih dan satu lagi Tangkuban Perahu. tapi memandangkan kami ni pegi kejap ja, terpaksala pilih salah satu jer. kami pilih pegi Kawah Putih.

 Kawah Putih ni rupanya sangat sejuk. ingatkan sebab sulfur tempat ni panas. rupanya tak. sejuk gilossss.. suami pulak masa ni boleh tertinggal jaket. sabaq jala..

supir kitaorang sepanjang dekat Bandung. masa kat sini suami ajak dia ikut sebab nak suruh dia tolong ambik gambar kitaorang. hehe. dia pon redo. pastu sebab nak gambar cantik, handbag aku pon dia yang tolong pikul. heeee

sebelum sampai kat atas ni, supir kata sini selalu turun hujan. jadi dia nasihatkan kitaorang standby baju hujan. so, sebelum sampai kami singgah dekat mart beli baju hujan dulu. 

 hujan renyai jer. pastu ada angin-angin buat kitaorang tak selesa pakai baju hujan ni. last sekali bungkus masuk dalam beg. rimas. gambar pon buruk jer bila pakai baju hujan tu.. huhu

 ada jer diaorang buat sewa baju sejuk.. tapi laki aku takmau sebab geli kongsi bekas-bekas orang. hehe. jadi buat kebal jela tahan sejuk..

 cantik kan pemandangan kat sini? air dia hijau.. suasana sejuk.. memang best sangat..

 orang boleh tahan ramai..


 cantik gila seryes rasa macam dalam lukisan.. macam pemandangan dalam frame 2 ringgit.. huhu


 memang kitaorang bergambar banyak gila kat sini sebab setiap sudut cantik.. pokok kering pon lawoo..


 pastu cuaca jadi berkabus.. sejuk gila masa ni..



 memang real punya cantik tempat ni.. subhanAllah.. pakai camera biasa-biasa ja tapi suma gambar cantik..



 air dia tak sejuk tak panas. suam-suam jer.. sepatutnya kena pakai topengkan.. kitaorang ada beli jugak, tapi tengok macam orang lain tak pakai pon, malas la.. rasanya takdela kuat sangat bau sulfur tu. tapi kalau tak tahan, better pakai.



 kalau laki aku pakai jaket, boleh dah feeling sampai Korea.. tapi sebab dia tak pakai, rasa cam Indonesia jela.. hehe


 masa ni kabus sampai tutup habis pemandangan.. langsung dah tak nampak gunung sebelah sana..

 pastu kita pon ambik kesempatan buat cover novel.. =P

yang ni nampak macam kat Beijing ja.. hehe. dah sejam dua dekat sini kitaorang pon gerak balik. area sini ada jugak strawbery farm. tapi kitaorang tak pegi la sebab macam biasa jer. Malaysia pon ada. destinasi berikutnya ialah Pasar Baru.


kitaorang sampai dekat Pasar Baru dalam pukul 3.30pm camtu. lambat sebab jem. biasala Bandung. kalau tak jem tak sah. pastu sebab lapar kitaorang makan dulu dekat foodcourt dia. supir bagi cadangan makan dekat kedai Kemangi dan try ayam penyet jerebu. memang best ayam penyet dia. dia guna ayam kampung dan server guna kuali sizzling berasap-asap. memang powerr!

settle makan dalam pukul 4 gitu kitaorang start shopping. ada masa sejam je nak shopping sebab Pasar Baru ni tutup pukul 5. bayangkan 2000 buah kedai dekat pasar tu kitaorang cuma boleh shopping sejam je? huhu. mujur agent dah sediakan pembantu dalam pasar tu. jadi keja nak shopping pon jadi mudah. nak beli apa, dia terus bawak kitaorang pegi kedai tersebut. tak payah nak pusing-pusing cari. dah jimat masa. pastu tak kena tipu sebab dia dah bagitau harga yang sepatutnya..

so, dalam masa sejam aku dapat beli kain sulam, kain batik dan pelikat, tshirt, keychain, fridge magnet dan beg telekung. ok tak? hehe. sempat tau.. gambar je tak sempat ambik sebab kelam kabut kejar masa..

selesai dekat Pasar Baru kitaorang singgah dekat Kartika Sari beli dia punya snack Bandung. kitaorang beli satu jenis jer, pisang bollen cheese. sedap boleh tahan! macam tak cukup sekotak. hehe

pastu balik hotel untuk solat dan mandi. malamnya kitaorang keluar lagi pi shopping dekat Cibaduyut. tapi tu nanti la sambung dekat entry lain.. dah penat taip. hehe. bye2!



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...