27 October 2012

perlu ka tanam tulang daging korban?



assalamualaikum...


alhamdulilah..sudah berada di hari raya ke 3 aidiladha..sambutan aidiladha aku tahun ni biase-biase jerk..takde ape yang menarik pon..takde baju baru.takde kuih raya.takde buat korban gak..wuhuhu..

cume family aku balik kampung kat perak.itu pon sebab mak ayah aku tak pandai nak bergaul dengan orang kat taman nih..hehe.so,jalan yang paling baik,larik gi rumah opah..haha.

sebenarnye larik gi rumah opah pon same jerk..takde ape yang menarik selain daripada tengok TV dan makan selahap-lahapnya..huahua.bezanya boleh berjumpa dengan ahli keluarga yang lain..sambil tengok sepupu-sepupu aku yang baru nak besar dan asyik melalak sepanjang hari sebab tak dapat bola..erk! gegar tiang rumah dengan riuh rendah budak2..huhu

aku lak,selain daripada makan,tengok TV jela..nak on9 tnet,line dekat kampung sangat la teruk..langsung tak boleh connect.hampeh la...semalam aku dan family dah berangkat pulang ke Rawang..sebab tu leh on9 balik..

baik la..sempena raya korban yang belum lagi habis ni,nak berkongsi sesuatu la kan..raya korban ni confirm la ramai yang freezer dia berisi dengan daging.bagi mereka yang dapat bahagian tulang,mesti fenin sebab dah mula terfikir nak tanam tulang segala bagaikan? mulalah terfikir,eh mane lak aku nak tanam tulang daging nie? mane leh campak-campak sesuka hati jer..daging korban nih..

ha..aku dulu pon selalu sangat fenin dengan keadaan nie..yela..lepas makan kena kumpul tulang.dah tu,kadang-kadang oleh kerana mempunyai sikap malas yang terlampau jadi taknak den buat keje manyak kali.so,kumpul la tulang tu berhari-hari sampai habis dah daging dalam freezer baru nak gi tanam tulang tuh..
memang teruk la kan? boleh korang bayangkan keadaan dapur aku masa tu..eyeuwww..sangat la menggelikan bila rumah kita terpaksa jadi tempat pengumpulan tulang.wkwkwk.

so,oleh kerana keadaan ini sangat la memenatkan dan menggelikan aku pon cubala memohon kepastian terhadap keadaan ini..perlukah tulang daging korban @ akikah ditanam? dan jawapannya...tidak ada dalil yang sahih atas keadaan ini..kita tak wajib pon menanam tulang daging korban @ akikah ni..keadaan ini berlaku sebab mungkin orang dolu-dolu menggunakan kaedah tanam tulang ni supaya lebih bersih.takdela buang tulang tu merata-rata.sebab kita ni makhluk yang tak makan tulang..yang makan tulang jin jerk.huahua,

so,kalau korang rasa malas nak tanam tulang daging tuh (macam aku gak,sebab aku ni jenis bangsa tak suka korek-korek tanah.haha) korang buang jela dalam tong sampah.takde masalah..sebab korban yang kita buat bukanla bergantung pada daging tu sendiri..korban adalah lambang ataupon simbol terhadap niat dan kesucian hati kita dalam melaksanakan ibadah korban tu sendiri.ibadah yang kita buat ni sebagai mengingati peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail..dimana pengorbanan yang kita buat adalah semata-mata kerana Allah taala..

bagi tulang yang kita buang tu pulak,takde kesucian pada tulang tu..yang suci cuma ibadah yang kita lakukan.firman Allah dalam Quran :

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (al-Hajj : 37)


 


so,dah jelaskan?? tak payah la beriya lagi nak kumpul-kumpul segala tulang daging korban dan tanam.Islam takkan memberatkan umatnya.boleh jer buang dalam tong sampah.jangan gi buang kat rumah jiran sudah..

kalau ade binatang lain yang makan tulang-tulang daging korban macam anjing kah,kucing kah,semut kah @ apa-apa binatang lain,itu adalah bahagian mereka..tak payahla kita risaukan sangat dengan tulang-tulang tuh..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...