31 December 2017

jalan-jalan Ipoh : Kellie's Castle

assalamualaikum...

marilah kita sambung cerita jalan-jalan Ipoh itu hari. lepas kitaorang pegi Tasik Cermin, kitaorang terus pegi Kellie's Castle. dua-dua tempat ni dekat-dekat jer. tak sampai setengah jam pon jaraknya. 

sampai dekat Kellie's Castle ni masa tengahhari dalam pukul 11 gitu kot. astaghfirullah dia punya panas. -,-'

oleh kerana dah sampai, tahan jugak la panas pon.. 

sebelum sampai tadi, nampak ada gerai tepi jalan jual teh ais. memang power dia punya teh. panas-panas hirup teh ais kaw macam ni memang nikmat. dah la banyak plak tu. secawan ni kalau tuang dalam jug, penuh satu jug. harga dia murah jer. RM5 secawan. 

 sejarah tentang Kellie's Castle.. Kellie's Castle ni dibina oleh William Kellie Smith khas untuk isteri beliau Agnes. kira Kellie's Castle ni macam Taj Mahal dekat India la.. dibina oleh Shah Jahan kepada Mumtaz. so, abang Hasanol.. mau dibina apa untukku sebagai bukti chenta? kehkeh

 sebelum masuk, ada beberapa gerai yang jual souvenir. boleh la buat kenang-kenangan..

 macam biasa, strategi marketing diaorang. snap gambar kita dekat background hijau dulu sebelum masuk. dengan tagline, nak beli ke taknak beli terpulang. yang penting wajib bergambar. gittu!

nanti sebelum keluar boleh tengok gambar kita yang dah siap print. kitaorang terbeli jugak sekeping yang dalam frame ala-ala winter sebab lawo pulak gambar tu. cis! lesap RM30. kalau taknak tergugat, korang pose la dengan muka buruk. baru la takda selera nak membeli. kitaorang ni jenis manusia cantik posing ala kadar pon cantik memang susah. hahahaha #ayatmintakecaman

 mai la beli tiket..

haa.. ada IC RM5 ja.. kalau takda RM10. so, jangan nak terlupa bawak IC. rugi nanti tak dapat 50% diskaun.

buka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. tapi waktu akhir boleh masuk pukul 5.30 petang. 

 ambik brosur.. sambil-sambil boleh baca sejarah.. nampak dia tulis " Istana ni adalah hadiah kepada isteri dia dan rumah kepada anak-anaknya " so sweet.. 

 tersergam indah istananya atas bukit sana.. istana ni dibina pada tahun 1905.

 pemandangan sekeliling pon sangat indah.. hijau jaa..


 of coz kami tak lepaskan peluang nak berposing.. setiap sudut cantik.. so, jangan lupa bawak power bank ok.

William namakan istana ni dengan nama Rumah Kellas/ Kellas House

nak posing punya pasal, sanggup tahan panas duduk kat tangga ni.. hiks  -,-'

 permulaannya, Kellas House ni dibina daripada kayu. tapi biasala, cuaca kat Malaya kan panas. Agnes tak tahan, so, dia bagitau dekat suami dia. jadi, suami dia bina Kellas House yang lebih selesa. ubah dari kayu ke batu.

 pembinaan Kellas House ni pulak bukan biashe-biashe awaa.. William menggajikan 70 buruh mahir dari Madras India. kebanyakan bahan-bahan di import dari luar negara. batu marmar dari India, Jubin pula dari Itali.

 batu bata jenis aprikot dibuat di Malaya. pintu dan tingkap pulak menggunakan kayu cengal yang memang diakui mampu kekal utuh sehingga 200 tahun. power lah!

oleh kerana, waktu zaman tersebut simen masih belum ada di Malaya, dinding di istana ni telah menggunakan kaedah yang unik dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. korang pakai gula merah ngan madu? manis agaknya dinding ni.. hiks!

 istana ni juga tak menggunakan paku, besi dan jentera yang berat.

kagum dengan senibina orang dulu. walaupon takde teknologi, tapi senibinanya sangat kukuh sehingga beratus tahun.

 haa.. jemput la luangkan masa baca sejarah istana ni.. pembinaan istana ni terhenti selepas William mati kerana di serang penyakit radang paru-paru yang kronik ketika di LIsbon pada usia 56 tahun. sejak daripada tu, Agnes dan anak-anak meninggalkan Malaya dan menjual kesemua harta milik mereka termasuk istana Kellie.

 syarikat yang membeli ladang Kellie tidak berminat untuk meneruskan pembinaan. akhirnya pembinaan istana terbengkalai..

ruang tamu..

 eceh pose macam nak masuk rumah sendiri.. hehe

sebenarnya selepas sekian lama istana ni tak berpenghuni dan dibiarkan, anak William telah datang ke Malaya dengan membawa diari dan menceritakan tentang istana Kellie. akhirnya istana Kellie menjadi tempat pelancongan bersejarah dan mula distrukturkan kembali pada tahun 1990.

 ni kitaorang jumpa dia punya terowong rahsia..

 biasala.. dulu-dulu kan banyak ancaman. jadi rumah ada terowong dan tempat rahsia tu memang penting.


kecik, sempit dan cerun. dah daki sampai ke atas ingat boleh tembus. sekali dorang rantaikan dekat atas. alahai.. turun balik ikut jalan lain. -,-''

 suami mithali adalah suami yang sanggup pikul handbag berat bini dia. haha. takpala kalau abg tak boleh binakan istana pon. janji boleh ringankan bebanan dibahu. hikhik

ok.. ni kitaorang dekat balkoni serambi berhantu. aww! takuitnyeww!

haa.. ni dia tulis kenapa panggil balkoni serambi berhantu. sebab masa istana ni terbengkalai, ada yang nampak lembaga menyerupai lelaki eropah di kawasan ini. katanya roh William dok merayau. alaa.. misteri macam ni memang akan ada pada bangunan lama yang ditinggalkan. 

 dah naik tingkat 2.. istana ni ada 3 tingkat. yang kat belakang tu bangunan terbengkalai. tak sempat siap sebab William dah mati.


Agnes kan complain rumah dulu panas. jadi Kellas House ni William dah design menggunakan dinding batu yang tebal dan laluan berkoridor supaya berlaku pengudaraan yang baik. kesian pulak dekat William.. dia buat susah-susah untuk Agnes, si Agnes jual kan jer lepas William mati. why u r so kejammmm??

 dalam istana ni ada 14 buah bilik yang mempunyai fungsi berbeza. ada bilik tidur, bilik bacaan, bilik simpan wine / arak dan sebagainya..

 dah lupa ni bilik apa sebenarnya tapi masuk dalam bilik ni rasa sejuk. sebab lantai dia gunakan kayu.. 

tak larat aih nak pusing semua bilik.. banyak sangat.. huhu

 naik lagi ke tingkat ke 3..

 ini adalah ruangan lif. yang mana kalau lif di istana ini dapat disiapkan, ini adalah bangunan yang pertama di Malaya yang mempunyai lif.

 setiap sudut adalah sangat cantik untuk bergambar. walaupon panas terik, masih lagi gigih. haha

 acah acah gagah padahal dah semput..


tingkat 3 ni sebenarnya adalah ruangan santai untuk keluarga. memang unik la boleh jalan-jalan kat kawasan bumbung camni..


 masa snap ni sebenarnya tak nampak apa pon dalam screen sebab panas sangat. kira nasib-nasib. tapi hasil dia.. memang osem! langit biru..

 pemandangan dekat sekitar istana ni memang cantik.. ku lihat hijauuuu..

 naik setingkat lagi.. yang ni sebenarnya bukan tingkat dah. ni jalan atas bumbung dia. pastu matahari betul-betul tegak. aku memang tak daya nak bukak mata.


 hubby boleh la.. dia pakai spek ado tinted. ko hado?? pasai tak hado tu yang terpejam habis mata. huhu


 gayat jugak atas ni sebenarnya.. dia tak pagarkan pon. jadi kalau bawak anak kecik, kena pegang dia betul-betul. silap langkah memang terjun ke bawah la jawabnya.

dah la tuuu.. jom kita balik. bercerau dah ni.. haha


yea! dah tamat.. sebelum tu nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2018. alamak aai..dah nak masuk 3 series.. huhu. walaubagaimanapon, usia hanyalah angka.. ropa masih seperti remaja 18 tahun ye dak? kahkah.

semoga 2018 akan membawa lebih banyak kebaikan dan kemanisan.. andddd good bye 2017!


btw, jemput tonton video yang husben I dah buat masa jenjalan kat Kellie's Castle ritu.. ^_~


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...