8 September 2017

Harijadi 29

assalamualaikum...

tahun ni rasa special sikit sambut birthday sebab dah ada suami. sebenarnya aku lupa dah birthday aku. seryes. sebab birthday jatuh masa cuti. aku ni kalau cuti panjang memang lupa daratan sikit. lupa tarikh. tapi sebenarnya masa kerja pon lupa gak. haha. aku ingat tarikh cuti nak balik kampung dengan tarikh gaji jer. kahkah. nasib laa..



29hb tu sebenarnya aku, suami dengan ibu mertua pegi Batu Pahat. bertolak dari Ipoh ke Batu Pahat pagi, balik petang, sampai malam. haaa kau. dari Perak ke Johor balik hari. kau ghase?? haha. sampai jer rumah, memang tak mau fikir apa la.. lepas mandi, solat terus tido.



dah sedap-sedap tido tetiba alarm phone bunyi lagu ' birthday '. urut dada. pastu laki aku senyum sambil wish. lahaiii.. dah 30hb rupanya.. =)



pastu laki aku kata nak ambik minyak jap, sakit belakang. sekali bukan minyak yang dia bawak, donut dengan lilin yang datang. alahai.. so sweet!



rupanya masa stop dekat RnR Tapah dia beli.. thanks hubby. u r my sweetheart too. ^_^

petang 30hb suami aku nak bawak jenjalan dekat Tasik Cermin & Kellie's Castle. tapi sebab ada macam-macam hal, jadi keluar lambat. akhirnya dedua tak kesampaian.. pastu aku ajak suami pi cari Restoran Vivo sebab aku nak redeem hadiah harijadi. 

Apple cucumber with vanilla ice cream.. ingatkan nak ajak hubby makan kat sini. tapi hubby tak mau sebab dia nak bawak makan kat lain. jadi kitaorang pon makan jela dessert free ni tak tambah menu lain. dah settle makan hubby pon bawak pegi tempat lain.

aku memang tak expect apa-apapon. aku ingat hubby bawak pi makan tempat special sikit la dari hari biasa-biasa. cenggitu jala..

hubby bawak ke Restoran CakChibow, Ipoh.

 gambar aku ambik dari FB diaorang. haritu hubby ada snap. tapi aku dah terdelete. huhu

seryes memang cantik. design macam dalam taman.. dah teruja dah bila masuk dalam restoran. pastu hubby cakap dengan orang kedai, " booking " so, orang tu pon suh naik atas. ok la.. kita naik atas.

naik atas, nak pilih meja pastu hubby tanya, " nak duduk dalam ke nak duduk luar? " pastu aku perasan kat luar nampak macam ada belon-belon. " eh?? seryes ke? " haha. aku dah boleh tangkap dah. pastu hubby senyum-senyum tarik tangan aku jalan sampai ke luar..

 seryes tak sangkaaaa! bebetul candle light dinner ni. dengan kelopak bunga atas meja tulis ' I love U ' pastu ada belon, lilin.. taktau nak reacted camna masa tu. gembira bukan kepalang.

kenapa arr buat ceniiii? terharu faham tak? huhuhu

I love u too hubby! *sukahati korangla nak muntah hijau pon. =P

pastu order makanan.. macam biasala order. settle order sambung bergambar lagi.. hehe. 

tetengah dok bergambar tetiba dengar orang nyanyi ramai-ramai kat dalam. eh?? apoo lagi??

terkejut betul aku.. staf restoran nyanyi lagu birthday, bawak kek dengan bunga. pastu dia main letup mercun. terkezuttt mak noks. kejadian telah dirakam oleh hubby. dan dah dimuat kedalam IG dan FB. aku tak reti nak boh video dalam blog. haha

power la abang buat surprise! thank you! <3



I love U forever & ever.. 

 menu yang kami order.. sebenarnya ada lagi tapi dah selamat dalam perut. hehe.

 dah kenyang, dah bergambar beribu lemon, dah nak balik..

ni tunggu diaorang bungkus kek yang tak habis nak bawak balik. kedai ni memang cantik dari bawah ke atas. tu jer aku boleh cerita. pasal harga tak tau la dah laki aku yang bayar. korang boleh usya sendiri dekat FB diaorang.

terima kasih abang sebab buat surprise berkali-kali. gembira sangat sebab terasa cam heroin dalam drama petang-petang kat TV3. LOL. tapi ini akan menjadi kenangan terindah buat syg. semoga Allah murahkan rezeki abg supaya abg dapat buat macam ni lagi tiap tahun. Amin Ya Rabbal Alamin.. ^_^


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...