22 July 2017

Raya Berteman..

assalamualaikum...

tajuk amboi amboi. pastu menghilang hampir 3 bulan pon amboi amboi. haha. 


busy + malas + takde mood = bersawanglah blog.


ni dah hujung syawal baru nak muncul dengan tajuk raya, ko ghase?? haha

Alhamdulillah.. tahun ni rezeki beraya berdua untuk pertama kali. Alhamdulillah jugak sebab dah takde yang tanya soalan bila nak kawin. =P tapi ada pulak yang tanya soalan, dah ada isi ke? haha. sabor jelaaa.. tapi aku tak stress pon. tu tandanya diaorang prihatin. bila takde lagi, mintak la diaorang doakan kita. yang belum ada rezeki jodoh, doakan ada rezeki jodoh. kalau belum ada rezeki anak, doakan ada rezeki anak. kalau macam kitaorang ni tengah dok PJJ, lagi la dok suruh semua orang doa supaya aku dapat pindah dan pulang ke pangkuan suami. eceh! sebab mungkin atas doa diaorang permintaan dan hajat kita termakbul. 

ok. tutup tazkirah dengan tasbih kafarah. ^_^


RAYA PERTAMA

kita masuk tajuk utama, cerita pasal raya. tahun ni raya pertama dekat rumah sebelah aku di Rawang sebab suami aku kerja. Alhamdulillah walaupon raya pertama suami kerja, tapi dia kerja malam. jadi pagi raya dapatla nak sambut raya sama-sama..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin daripada kami berdua walaupon dah dipenghujung syawal. haha. since dah lama tak update blog, mungkin khilaf tu tak berapa banyak sangat. . tapi kalau yang selalu menghadap muka aku, mungkin banyak la dosanya kan.. jadi ampun maaf aku pohonkan. mungkin aku lupa mintak maaf depan-depan, tapi bila korang baca apa yang aku tulis ni, pastu pandang gambar aku yang suci murni lagi sedap mata memandang, insyaAllah korang takkan rasa berat untuk maafkan aku. haha. amboi!

dengan encik suami selalu sangat mintak maaf sebab memang selalu buat salah. T_T 
tapi sebab suami kita sejenis baik hati lagi kacak bergaya, tak tunggu raya pon dia maafkan. gittuw! hehe

macam semua keluarga, kitaorang pon ada gak salam salam kemaafan di Aidilfitri. tapi gambarnya suami ambil pakai go-pro. aku malas nak cari sebab ada kat dalam whatsapp. aku share yang ada dalam camera phone jer.. lepas bermaaf-maafan, bagi duit raya, gaduh balik sambil kutuk mengutuk. memang tak guna barang sesen pon. haha. gitula cara kami berkasih sayang -_-'

tahun ni ada hero baru. Mohd Fateh bin Mohd Fadzli. anak menakan pertama uolls..suma terkinja-kinja nak ambik gambar dengan dia ja.. dah la hensem pulak pi pakai baju melayu. Dah Jiha belum habis pantang lagi masa ni..

Fateh sangat behave hari ni. taktaula kalau dia memang feeling retis sebab hari ni suma orang berebut dia ja.

 bergambar, bersembang sambil tunggu orang datang beraya..

 ada gambar Dak Fateh ja, umi abi telah di crop. haha

 pinjam jap! baik sungguh dia..punya la banyak kitaorang selfie dia mantain baik jaaa..

tahun ni pinjam anak orang dulu. tahun depan kita bergambar dengan anak sendiri insyaAllah. doakan pleaseeee. doakan ya! doakan ya! ^_~

 tunggu orang beraya tak sampai-sampai, kitaorang berdua pon pi keluar depan rumah ambik gambar..

beraya dekat Selangor dengan beraya dekat kampung langsung tak sama. ni first time family kitaorang beraya kat sini tak balik kampung. kesimpulannya memang sendu!

takde orang nak ziarah menziarahi.. aku ada gak dengar suara budak dekat rumah jiran, tapi tak keluar rumah pastu pintu pon tutup rapat..memang jenis raya dok dalam rumah ke cane? hmm..

so, kami tunggu sedara mara yang beraya kat KL / Selangor datang rumah jelaa.. nak pi berjalan rumah orang, suma pakat balik kampung..

syok sendiri. haha

depan rumah mak aku ni ada padang. nak feeling desa, kitaorang pon bergambarla dekat padang depan rumah. hehe

 ajak adik-beradik diaorang tak mau sebab panas. kami berdua jela..



 panas gilosss..haha. 

dah puas dah bergambar, masuk rumah. tunggu lagi sedara yang nak datang tu. boleh tahan lama jugak la. sebab sempat gak kitaorang layan final episode Andainya Takdir yang diaorang download. hehe. beberapa lama kemudian bila sedara suma dah datang rumah, baru la rasa raya. haha. petangnya lepas diaorang balik, kami pon pi beraya rumah Pakcik dekat Kepong dengan Pak Long dekat Shah Alam..

RAYA KEDUA

raya kedua suami kerja siang. jadi siangnya duduk rumah tunggu jer orang datang beraya. adala 2 keluarga beraya, kawan Amin dengan sepupu mak, Pak Lang Din datang. plan awal nak pi beraya malam lepas suami balik kerja. suami bawak balik kereta aku. tetiba tengah jalan, kereta rosak. berjemaah la suma pi settlekan kereta aku. raya-raya ni memang susahla nak cari towing dengan bengkel yang buka. mujurla Pakcik banyak kawan orang bengkel. settle gak sumbatkan kereta aku dalam bengkel.

beraya la dekat RNR Sungai Buloh. Makan kepci.


RAYA KEEMPAT

terus raya ke 4 sebab raya ketiga pon tak pi mana. malam baru gerak balik ke kampung suami di Sitiawan. jadi raya keempat barula dapat raya kat kampung.

balik rumah opah suami sebab ibu dengan ayah pon dekat kampung. pastu rumah opah aku pon dekat Sitiawan jer.. jadi petang tu kami berdua pegi la beraya rumah opah aku, rumah Tok Alang dengan rumah Makcik suami..

 kalau ikut apa yang Tok Alang sebut, kami ni kira ada gak la kait-kait sedara sebab tok apa tah bersangkut-sangkut dengan belah aku. tah tak faham.. haha. janji sah kawin cukup..

sekejap je dekat Sitiawan, malamnya dah balik Ipoh..


RAYA KELIMA

plan asal, ibu nak ajak pegi Johor sebab nak pegi ziarah rumah kawan baik ibu dan jugak mak angkat suami. tapi sebab kawan ibu takde kat rumah, kitaorang pon terusla tukar plan ziarah sedara mara dekat-dekat jer..

ramai pulak yang matching sama kaler dengan rumah. hehe. hari ni banyak gak rumah yang kitaorang beraya. 6 buah rumah jugak. haaa. barula raya!

 daripada rumah yang dekat sampaila ke hujung mana tah.. tak ingat nama tempat sebab banyak sangat. hehe. tapi ni rumah terakhir kami pegi. 


nak feeling beraya di desa haruslah posing dekat rumah orang sebab rumah kitaorang taman jer.. huhu

ibu dan ayah mertua.. comel kan?


depan rumah ni ada sawah padi. pastu masa ni baru lepas hujan.. ada pelangi.. cantik Subhanallah! lama dah tak tengok pelangi.. 

suami aku ni kedekut sikit nak layan aku OOTD. dia tak suka kalau aku post gambar takde dia. haha. ni dia snap sebab nak adjust, pastu bila aku feeling gambar ni smart, dia dengki nak delete sebab takmau aku upload gambar ni. perangai betoi laki aku niiii.. haha

pastu nak bagi fair & square, aku pon snap la gambar dia sorang. dalam masa yang sama supaya dia tak delete gambar tadi. haha. konon nak ambik hati. tapi gambar aku ambik failed sikit sebab pelangi hilang. huhu. takpela pelangi hilang, jangan abang yang hilang. ciaciacia!

ibu dengan ayah perhati jer anak menantu perangai cam budak-budak. haha

 ok dah.. sampai sini ja.. takkan nak tulis sampai raya ke 30 kan? hehe. aku pon tak raya sebab sibuk puasa 6 hari ni. dah hari kelima. besok last. sejarah betoi buat puasa 6 dah hujung-hujung. hehe. apa nak buat, sibuk katakannn..sibuk makan sampai lupa dah nak habis syawal. mujur Allah bagi hidayah, sempat gak aku la aku puasa. T_T

kesimpulannya, best la jugak beraya bila dah ada suami. haha. gedik! ok bai!



terima kasih buat yang sudi membaca <3




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...