25 July 2016

jalan-jalan di Kuching, Sarawak. (part 1)

assalamualaikum...

berbulan lamanya baru dapat update pasal percutian di Sarawak. hehe. aku pegi Sarawak masa cuti sekolah bulan 3. cuti bulan 3 kan seminggu, jadi kami pakat balik kampung dulu. pastu lagi 3 hari nak naik sekolah baru kitaorang pegi Sarawak. 3 hari 2 malam jer kat sana. pegi hari Khamis pagi, balik hari Sabtu petang.

plan nak ke Sarawak ni Kak Wahid yang cadangkan. memula kami cam nak pegi Miri sebab Miri dekat dengan Brunei. mana tau boleh nak menyeberang ke kan.. dapat la 2 in 1. hehe. tapi lepas dah bincang-bincang, kami pilih Kuching. sebab ada yang kata Miri takde tempat nak berjalan sangat. so, ok laa.. Kuching pon Kuching la.

kami naik flight dari Senai ke Kuching makan masa 45 minit. bertolak pukul 7.30 pagi sampai 8.20 pagi la lebih kurang. sampai jer dekat airport Kuching, pegi kaunter ambik map. sebab trip kali ni kami redah sendiri jer. takde pemandu pelancong. kereta sewa pon tunggu kat airport. so, dapat jer kereta kitaorang pon terus jer gerak pegi destinasi pertama.


destinasi pertama ialah Kampung Budaya Sarawak. kalau datang Sarawak, wajib datang sini untuk kenal budaya dan cara hidup orang Sarawak.


harga masuk RM60. agak mahal. tapi berbaloi sebab tempat ni besar. memang seharian kita akan duduk kat sini jer. lepas bayar duit tiket, dia akan bagi map dan waktu show. haa.. show jangan terlepas pulak. rugi nanti.

dapat passport.. passport ni bila kita masuk setiap rumah, boleh la cop. tanda kita dah sampai. 

cuaca mendung. sebenarnya baru lepas hujan.. tu yang lantai basah.

walaupon cuaca tak begitu memberangsangkan, tapi jalan tetap jalan. hehe. jom mulakan pengembaraan!

signboard menuju ke rumah-rumah..

jambatan menuju ke rumah panjang Bidayuh..


pendek jer jambatan nih.. tapi boleh la habuan nak merasa.

haaa.. dah sampai kat depan Rumah Bidayuh.

jom masuk dalam!

sebenarnya ni rumah untuk pahlawan. kiranya kalau ada apa-apa kecemasan, rumah ni macam rumah kawalan.

uncle nih la dok bagi penerangan kat kitaorang.. 

rumah ni pon dibuat pemujaan jugak. ni dia buat patung-patung untuk penyembahan. sereeemm deh! haha

pastu masuk sini plak. dok dengar bunyi muzik dari luar punya kuat. rupanya dia buat tarian untuk pengunjung. rasanya ni dewan orang Bidayuh. 


pastu kita pon tengok tarian. alahaiii.. lembut gemalai. hehe


lepas dah habis tengok tarian, kitaorang masuk lagi satu jenis rumah Bidayuh. rasanya yang ni barula rumah yang diaorang duduk. ada tunjuk tempat tidur diaorang.


ni dapur diaorang..


kitaorang memanjat gak sampai ke atas. tapi takde apa-apa pon. macam tempat simpan barang jer. tengok tangga dia, halussss jer.. memang gayat jugak la nak naik pon. huhu. kalau ikutkan orang dulu-dulu, terus takde pemegang. kiranya tangga bogel jer. aduh! tak naik dah aku. haha


yang bestnya ada jual makanan tradisi diaorang tau dekat setiap rumah. rumah ni dia buat lepat. tapi tak ingat lepat apa. lepat pulut kot. hehe. biasalaa.. pegi berbulan yang lepas. tu yang kurang ingat tu.. =P

pastu dok tengok acik ni bukan main sibuk lagi.. rupanya dia jahit baju tradisi Bidayuh.

belek punya belek, rupanya baju ni diperbuat daripada kayu.. 


dok interview jugak aunty nih.. lama dah dia keje sini. memang otai la. banyak pengalaman. pastu dah kerap jugak masuk surat khabar dan TV. hari tu masa ada rancangan Kamek Sayang Sarawak pon aku nampak aunty nih masuk TV.

pastu nampak kaunter untuk cop passport. jadi marilah kita ngecop!


nampak Gunung Santubong dari sini. macam sejuk je kan kalau tengok gambar? tapi sebenarnya tak langsung. panas nak haiiih. haha




sambil jenjalan nak cari rumah, memang wajib la posing seketul dua. hehe. uncle yang dengan kitaorang tu sebenarnya dah tertinggal daripada family dia. nampak jer kitaorang dia sembang-sembang, terus jalan sama-sama.



pastu jumpa Rumah Penan. ok. cop dulu.


seksi ok orang penan nih. dia pakai cawat jaa.. huhu


kat sini boleh try menyumpit. 3 kali seringgit. murah jer..


tapi kitaorang tak try pon sebab macam geli jer nak guna sumpit tu. tah bekas mulut sesape tah.. wkwkwkw. haha




lepas dah puas kat rumah penan, dok soal jawab dengan tuan rumah, kitaorang pon gerak. pastu nampak pulak air terjun yang cantiks nih.


Kak Wahid dengan Kak Sha dah tak menyabor. diaorang terus turun bawah sebab nak main air.


aku malas.. ambik gambar kat atas jer cukup.


wefie.. pastu tengok jam dah dekat dengan waktu show. terus bergegas pegi dewan. 


show ni kalau terlepas rugi la. sebab dia tunjuk pelbagai jenis tarian daripada kaum diaorang.

yang ni dah macam tengok show acrobatic la pulekk.. dia boleh berpusing atas buluh tu. dasyat betoi.

ni orang penan ajar menyumpit. dia datang dekat penonton tau untuk bawak naik ke pentas. mujur la dia tak pilih aku.. memang tak bangun aku daripada kerusi tu. haha. aku ni sejenis yang tak mampu nak beraksi depan khalayak.

 ni pon sama jugak. diaorang turun ajak penonton naik menari sama-sama. siapa yang sporting, layan jela..


sempat ngajak penari-penari ni bergambar sama-sama. 


keluar jer dewan, hujan turun dengan lebatnya. pastu perut pon dah berbunyi. jadi singgah la dekat Restoran Budaya nih untuk mengisi perut.

 nasi campur.. lauknya citarasa Sarawak..

makan kenyang-kenyang. satgi nak berjalan lagi..


perut dah kenyang, hujan pon dah berhenti. marilah meneruskan perjalanan.

 Rumah Cina. takdela teruja sangat nak masuk sebab rumah cina je kann.. tapi masuk jela dah sampai.



 dalam dia macam rumah cina dulu-dulu. biasa jela kita tengok.

ada jual makanan tradisi jugak. dumpling tak silap. 

 pastu pegi Rumah Melayu pulak. walaupon rumah melayu jer, tapi nampak best. sebab perasaannya macam balik kampung. hehe.


 ada buaian kat bawah rumah.. best betul dapat main walaupon sekejap.

naik jer atas, amboi bestnya rumah! feeling sangat rumah kat kampung.

buat iklan Adabi jap. haha

 nampak congkak, pastu acah-acah main untuk bergambar. haha


kat bahagian tengah, bukan main meriah lagi. rupanya makcik-makcik nih bergendang dan menyanyi lagu dondang. pastu diaorang suh kami menari. eh eh. memang takla nak menari.

makcik tu geram agaknya sebab takde sapa menari, dia pon keluar menari. tetiba ada pulak sorang mamat nih datang bukak langkah. ewah ewah. haha. lantak korang. kami tengok kat tepi ja.. (sory gambar gelap dan bergerak. huhu)


ada bau yang sedap datang dari dapur.. kami pon pegila tengok. rupanya diaorang dok bakar bahulu dan kuih kapit.


sebab bau sedap sangat, kitaorang pon beli bahulu dengan kuih kapit.

dari rumah melayu, kami bergerak pegi ke Rumah Melanau. rumah melanau ni, memang jenis tiang tinggi-tinggi.



 jangan lupa cop passport.


rumah melanau nih ada 4 tingkat. tapi kita boleh tengok sampai tingkat 3 jer. tingkat 4 dia tutup. mungkin sebab bahaya kot. pastu nampak 2 biji tempayan besar tu? haa.. tempayan nih untuk isi air panas. kalau ada orang nak datang serang ke apa, diaorang akan curah air panas ke bawah. hebat betul strategi. hehe

tingkat 2 ada beberapa bilik tidur..


ni dapur rumah melanau.

naik tingkat 3 ada katil untuk pengantin.. tingkat ni memang khas untuk pengantin baru, tingkat 4 sebenarnya macam pusat kawalan la. nak teropong-teropong tengok musuh. so, kalau diaorang rasa macam terancam, diaorang bagitau dekat orang bawah. jadi orang bawah akan siap sedia dengan air panas.

pemandangan dari tingkap tingkat 3..


macam biasa, ada kuih diaorang jual. kat sini diaorang buat kuih peneram ataupon telinga keling. tak beli pon. tapi kita tanya-tanya jer pasal rumah nih. kalau ikutkan rumah melanau yang sebenar memang berkali ganda besar sebab sebuah rumah melanau dapat memuatkan beribu orang. OMG! macam tak leh nak imagine. haha

selesai dekat rumah melanau, kami bergerak ke tempat pemprosesan sagu. 


yang tinggi tu pokok sagu..


aku dah lupa pulak macammana dia proses sagu. dia ada cerita hari tu. tapi aku dah lupa. sory. huhu.


ni makanan yang dapat dihasilkan daripada sagu. nampak menarikkan??


pastu diaorang promote kami untuk try lempeng sagu. hmm.. bunyi macam best jer. ok lah.

macam mudah jer buat lempeng sagu nih. letak sagu, kelapa, garam sikit. pastu goreng dalam kuali tanpa minyak.

tadaaaa! kali ni seryes tak tipu. memang sedap. rasa lemak-lemak. rangup. memang win sangat makan panas-panas.

kongsi jer 4 orang sebab nak rasa je kan.. lagipon suma dah kenyang. takleh makan banyak.

pastu pegi Rumah Orang Ulu pulak.

rumah orang ulu ni pon jenis tinggi. memang menguji jugak la nak naik ke atas. seriau betoi.

sini dia buat kerepek pulak dahhh.. haha. Kak Salmi beli.


sini ada jual cenderahati. Kak Sha dah start dah buat perangai rambang mata dia. haha. nasihat aku, tempat macam ni tak sesuai untuk beli barang cenderahati sebab mahal. ada lagi tempat lain yang murah. so, tengok-tengok jer dulu takpe.


dekat rumah orang ulu ni nampak macam takde apa sangat. so, kami pon bergambar jer..


pastu nampak si cantik manis yang jaga rumah ulu nih. kita pon mintak bergambar sama-sama.

rumah last sekali, Rumah Iban.


Rumah Iban ni jenis memanjang... 

masa ni ada orang nak shooting tak silap. nampak macam sibuk sangat dalam nih.

boleh sewa baju tradisi diaorang untuk bergambar. kami tak pinjam pon sebab macam tak sesuai pulak. kitaorang asyik kena hujan jer. dah basah-basah memang tak la nak try pakai.

alat menenun..

kat sini dia buat kuih mawar. betul tak nama kuih tu? haha. tetiba aku confius.


pastu yang ni dia jahit manik. manik tu macam yang dia pakai kat bahu tuu.. pakaian tradisi orang iban.

ni pulak menenun songket.. aku rasa ni memang paling mencabar sekali.

kaki dengan badan nak kena tegak. pastu nak susun benang satu-satu. berbulan baru siap. sabarnye lahaiii..

ni gambar dari bawah. nak tunjuk bentuk yang dah siap.. sebab tu la songket mahal. sebab susah nak buat. huhu

ok.. dah selesai dah dekat Kampung Budaya. pendek kata, kalau datang Sarawak, wajib datang sini. wajib hokay. korang mesti takkan menyesal sebab banyak ilmu yang kita boleh dapat kat sini. pastu kalau nak tau apa-apa, tanya jer dengan orang yang duduk dalam rumah tu. diaorang suma jenis ringan mulut dan mesra. tak kira la masa tu tengah memasak ker, menjahit ker, dia mesti akan jawab punya soalan korang.

ok la. nak balik check in. dah pening kepala asyik kena hujan.


on the way balik, nampak Gunung Santubong dari kejauhan. tak puas hati lagi, stop kereta pastu snap. hehe. nak turun dari kereta tak berani sebab jalan kecik. takut nanti bahaya pulak.

Apartment Jin Hold. terus ambik bilik untuk 4 orang. senang..

Alhamdulillah.. memang selesa la apartment nih. lengkap serba serbi.



lepas dah mandi, solat, rehatkan badan kejap, kami keluar balik lepas maghrib. pegi Waterfront.

kucing gergasi.. hehe. kat sini memang susah cari parking. suma orang parking tepi jalan jer. kitaorang pon parking jauh, pastu menapak la nak cari kedai makan. huhu


muka masing-masing dah penat sebenarnya.. tapi sebab lapar, digagahkan jua. haha

air dia nampak mengancamkan?? hehe. pastu malam ni janji nak jumpa dengan Aton, kawan sekolah aku. sebab dia ada pesan barang..

Aton nih mengajar dekat Sarawak. lama dah sebenarnya tak jumpa dia. rasanya last masa study dulu la kot. Alhamdulillah ada rezeki pulak berjumpa kat Sarawak. kebetulan Aton tak balik semenanjung cuti kali ni.. hehe. ok, nanti kita sambung lagi. Aton ada bawak aku jenjalan kat Serikin. itu kena tunggu len kali. dah penat dah ni taip panjang berjela. taktau la korang larat baca ke tak. haha.




terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...