20 April 2016

sahabat...

assalamualaikum...

aku tak punya banyak kekuatan untuk menaip entry nih. tapi demi sebuah rasa yang amat hebat, aku gagahkan jua. 

2 minggu lepas, sahabat aku Kak Dania ditimpa sakit. mengejut. tiba-tiba jer dapat berita dari Kak Eva yang Kak Nia masuk hospital dan perlu dibedah kerana pendarahan dalam perut. tak tau nak cakap betapa terkejutnya aku masa tu. sebab walaupun seminggu sebelum tu, Kak Dania nampak lemah, selalu pegang perut, tapi dia tak nampak kritikal. masih boleh kesana kemari. panjat tangga turun tangga. jadi, siapa yang sangka dia sakit teruk? Allahhu..

persahabatan aku dengan Kak Dania mungkin masih baru. aku kenal Kak Nia masa masuk SKTM. baru 3 tahun.. tapi kami agak rapat.. banyak perkara yang kami share sama-sama. selalu berjimba sama-sama. pegi travel. pastu selalu melawak dengan Kak Nia. Kak Nia pon melayan jer sebab dia memang jenis yang sporting. kalau duduk dengan Kak Nia kita akan rasa gembira jer.. jadi bila Kak Nia sakit, hati ni memang rasa tersentap. rasa perit sangat bila mengenang Kak Nia.. sebab kita tak sanggup bila tengok dia sakit..

Allah jela yang tahu betapa sayunya hati ni bila tengok keadaan Kak Nia lepas kena operate. hati macam dihiris-hiris. banyak benda yang aku nak cakap waktu jumpa Kak Nia hari tu. aku nak sampaikan salam semua orang. aku nak suruh dia dengar cakap doktor. jaga kesihatan. tapi semua pon aku tak mampu.. aku cuma boleh menangis. makin aku tahan, makin sesak dada aku. maaf Kak Nia. saya tak mampu nak sembunyikan rasa sedih. dan semua orang pon tak mampu.. semua yang datang wad hari tu sebak. yaa.. sebab kami semua sayang Kak Nia. kami tak sampai hati tengok kesayangan kami dalam keadaan macam ni.

walaupun hingga ke hari ini, hati masih sayu kenangkan Kak Nia, tapi aku perlu kuat. sebab Kak Nia perlukan aura positif. Kak Nia pon mintak semua doakan dia. aku harap Kak Nia akan terus kuat dan tabah dalam menghadapi ujian ni. Allah nak bagi pahala yang banyak pada Kak Nia. sabarla Kak Nia. kami semua doakan kesembuhan buat Kak Nia sebab kami semua sayang Kak Nia.. betul-betul sayangkan Kak Nia. tolong kuat semangat Kak Nia. sebab kami semua rindu nak tengok Kak Nia yang sihat dan ceria. penghibur hati kami semua. T_T



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...