29 February 2016

dapat adik baru...

assalamualaikum...

tajuk entry kalau orang kenal mak ayah aku, mesti tersedak. dah camna plak boleh menambah adik lagi sorang di usia pencen nih. haha. sebenarnya adik baru tu, dapat adik ipar.. bukan adik kandung yer tuan puan.

Alhamdulillah.. adik aku selamat di ijab qabul kan pada 13 Feb 2016. ok.. tulis tarikh penuh supaya aku leh ingat dikemudian hari.. kenduri belah kami sebenarnya masa cuti raya cina. tapi bukan yang kat depan, kat belakang. kira habis jer kenduri, besok terus keje. sobsob. 

walaupun begitu, lega la jugak sebab seminggu sebelum majlis, sempat la kami adik-beradik ni buat persiapan terakhir. sebab pengantin pon keje. sehari sebelum nak kawin baru dia dapat cuti.

aku takde banyak stok gambar sebab masa hari kenduri aku terlupa nak bawak camera. kelam-kabut macam-macam benda, jadi tak sempat pikir pasal camera. jadi redho jela gambar apa-apa yang ada. mujur ada jugak dari takde langsung. ( ayat macam nak suh suma orang bersyukur jelaaa.. haha )

sebelah perempuan

pengantin baru.. Fadzli dan Najihah

ni dia ahli keluarga baru kitaorang.  sibuk kacau depa tengah makan.. terus jadi makan tak beradab. haha.

pagi tu sebenarnya akad nikah. dekat dewan ni jugak. tapi masa akad, takde plak gambar. so, tengok yang kenduri jela.

Dak Amir bacakan doa pengantin hari tu..


selfie lelere!

make up Jiha cam teruk sikit aku rasa. tapi memandangkan aku ngan mak cam comel jer, tempek gak la gambar nih. sory Dak Ngah! haha

ni kawan baik aku kat sekolah.. Kak Eva ( baju purple ). datang dengan adik dan mak. terima kasih kak sudi datang. =)

sedara mara yang banyak sangat membantu. dari sebelum majlis sampai habis majlis. terima kasih. ( ada ramai lagi sebenarnya tapi takde gambar. huhu )


 nak tangkap gambar berempat, tapi Amir pi mana tah masa nih.. gi ambik kawan dia kot.

sekali Bang Ngah datang menyibuk.. manager hari tu sepupu aku Bang Ngah. bagus Bang Ngah nih.. banyak benda dia tolong. memandangkan kami ni baru first time kenduri, banyak la terkucil sana sini. haa.. Bang Ngah la yang tolong cover. Tq Bang Ngah!

 nasib matching. jadi kita maafkan.. 

Alhamdulillah.. selesai dengan lancarnya.. mohon maaf pada semua yang hadir tapi terkurang disana sini. insyaAllah kalau kita buat kenduri lagi, kita akan improve mana yang kurang ok. heee.. 


sebelah lelaki

adik ipar aku si Fadzli ni orang Batu Pahat jer. kenduri sebelah laki 27 Feb 2016. Hari Sabtu lepas. jadi, aku yang kat Pasir Gudang ni gembiralah sebab takyah pegi jauh. hehe. janji dengan family semua berkumpul kat Batu Pahat hari Jumaat. tido sana semalam. sebab yang lain suma jauh-jauh kan. adik aku yang laki 2 orang tu dari Terengganu. Mak ayah dari Rawang. ada lagi sedara mara dari Kedah, KL. jadi memang kena tido sana. kalau suma orang bertolak hari yang sama dengan hari kenduri, penat jugak.

tunggu pengantin siap.. depa bergambaq dulu depan homestay. best homestay nih. feeling macam balik rumah tok kita jer. betul-betul mengimbau. 

aku suka sangat gambar mak yang nih. comey sangat sangat. pastu, mak belit shawl sendiri tau. pandai pulak dia. hehe. selalu merengek-rengek mintak tolong kita belitkan.

sebab kita matching... hehe


pengantin dah siap.. make up yang nih cantik. simple jer.

haaa.. ni yang bersama rombongan. tak ramai sangat tapi Alhamdulillah sebab sudi ikut rombongan..

payung pengantin hakak pinjam kejap sebab hakak dan hadek nak payung hangpa suma. ' jangan kata hakak tak payung. jangan kata hakak tak payung ' ( sambil menyanyi )

jalan kaki jer dari homestay. rumah pengantin dengan homestay dekat sangat.. adik bongsu aku si Naqibah jadi pengapit. bagusss.. besok-besok jadi pengapit aku plak. muehehe.

 tengok silat dulu.. 

lepas silat, masuk rumah dulu. tangkap gambar.

mak dengan ayah Fadzli..

family kita mesti nak punya.. hehe

beramai-ramai dengan sedara-mara.. 

amboi Dak Bang. seryes nau muka. control la sikit kot ya lapaq pon.. haha

sekejap ja aku dok meja nih.. start ja makan beradab tu, aku lari pi dok meja bulat. tak kuasa la. haha. nak makan puas-puas takleh dok meja pengantin. gittuw!

27 Feb nih sebenarnya bezday Qibah. jadi, Jiha jemput Qibah potong kek sekali. kira meraikan jugakla bezday dia..

Alhamdulillah.. selesai dah kedua-dua belah majlis. selamat datang Fadzli ke dalam keluarga kami. harap boleh jaga dan bimbing Jiha dengan baik. harap boleh bersabar jugak dengan perangai dia serta perangai ahli keluarga dia. haha.  semoga kalian berdua berkekalan hingga ke Jannah. ( alah cliche! ) =P



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...