4 October 2015

Muzium Penjara, Melaka.

assalamualaikum...

ok. ni kesinambungan daripada entry lepas. yang pegi lawatan kat Melaka tu.. sengaja aku buat satu entry khas sebab aku rasa lawatan ke Muzium Penjara ni adalah tempat yang paling speacial sekali kalau nak bandingkan dengan tempat lain yang kitaorang pegi melawat.

kenapa aku cakap gitu? sebab aku kalau masuk muzium, tak payah lama-lama. setengah jam pon dah ok. tengok itu ini terus keluar. haram tak dapat apa. haha. tapi kat Muzium Penjara nih, kau mesti tak dapat buat perangai buruk tu. kitaorang suma kena tahan kat sini dekat 4 5 jam kot. penah kau masuk muzium sampai 4 5 jam?? aku tak penah.. haha 

mulanya, Muzium Penjara ni takde pon dalam tentatif lawatan. tapi last minit, dapat surat daripada Muzium nih. diaorang tengah promosikan dekat sekolah-sekolah. kebetulan kita pon memang buat lawatan ke Melaka, terus kita tukar tempat. daripada patut pegi Taman Buaya, tukar pegi Muzium Penjara.

kat sini, warden penjara akan guide kita. melangkah masuk, terus diaorang aturkan budak-budak. bagi taklimat apa suma. pastu pecahkan kumpulan. risau jugak kalau bebudak nih buat perangai. tapi dengar jer warden tu cakap, ' saya dah biasa tutupkan mulut banduan. takkan mulut kamu saya tak boleh tutup.' ok fineee.. pegilah korang bergerak dengan warden. senang keje cikgu. haha

kami cikgu-cikgu, Sarjan yang bawak pusing muzium. tapi selang-seli jugak. ada lagi warden yang ikut kita. dia cerita daripada awal melangkah masuk eh.. camna banduan masuk sini. start dari melangkah pintu besi, pastu kena check apa suma. pastu pendaftaran. semua la kira..

 ni contoh waran tangkap. ada macam-macam jenis..

 ni tempat orang yang kena reman. betul-betul sebelah bilik pendaftaran.

 buku rekod banduan. besor gedabak.

tempat banduan jumpa dengan keluarga. pakai phone tu untuk bercakap. tak silap dia bagi masa setengah jam sampai 45 minit. 

nampak tak diaorang nih tekad jenis apa?? sanggup tau simpan mendalah tu sampai kena operate. ada lagi tau gambar-gambar diaorang masukkan dalam kemaluan apa suma. malaih nak snap. buat muntah hijau jer. huhu

ni alat yang boleh nampak kalau dia sembunyikan dalam kemaluan. selalu kalau warden check, dia raba habis. kalau tak puas hati, nampak pelik jer dia berjalan, cangkung atas nih. benda ni sambung kat laptop. nanti boleh nampak la apa yang dia sorok.

 tembok punya tinggi. tapi boleh jer diaorang lari. ada yang tak jumpa-jumpa pon ada.

 sini tempat untuk banduan bekerja. yang pandai jahit, buat gubahan dan macam-macam la lagi.

kolah mandi. sini diaorang mandi ramai-ramai. Sarjan tu cerita, dulu dia handle banduan mandi dengan cara kira. contoh, 1!! secebok. 2!! secebok. 3!! gosok gigi. haaa.. banduan kena ikut. kalau ada yang degil memang dia belasah jer. sampai ada jer kejadian bertumbuk kat sini. habis berdarah-darah. tapi sekarang dah tak boleh. sebab banduan sekarang banyak kes dadah. memang tak boleh nak handle.

lepas kitaorang pusing-pusing kawasan nih, kitaorang terus masuk bilik rotan. ada demo merotan. kat bilik rotan tak boleh snap gambar langsung. 

sepatutnya nak tengok demo merotan, kena tulis surat. tak boleh sukahati jer. kitaorang tak tulis surat pon. tapi tau-tau diaorang boleh buat plak. Alhamdulillah rezeki. hehe. sebab bagi aku ni peluang yang sangat berharga. kasi tunjuk sikit kat budak-budak hukuman kalau jadi orang jahat.

hari tu kitaorang tengok 2 cara rotan. rotan untuk kes sivil dan juvana jer. yang kena rotan lelaki sahaja. dekat bontot. kalau perempuan, cuma kes syariah jer kena rotan. tapi bukan kat bontot, kat belakang.

banyak sangat info yang kami dapat kat bilik rotan. camna cara sebatan yang dia buat untuk kes juvana dan sivil. rotan apa dia pakai. prosedur sebatan. memang best la. walaupun menitik gak air mata kita tengok cara dia sebat. tu baru tengok dia sebat patung. kalau orang betul, mahu aku pitam kat situ. haha.

pas kuar bilik rotan, kami pegi bilik gantung plak. kat bilik gantung pon sama. tak boleh snap. sebab situ memang real punya tempat gantung. kang kalau snap, mungkin tak nampak apa lagi. balik karang tetiba ada lembaga. mahu aku kena sampuk plak. haha

tali gantung dia bukan tali biasa macam dok buat main tarik tali tu. dia punya tali memang jenis bagi mati cepat punya. ada satu benda yang bila kita pasang kat leher, tergantung, dia akan terus patahkan tulang belakang. jadi, sekejap jer boleh mati. 

pastu dia akan adjust tali ikut berat badan. tak ingat camna kaedahnya. haha. tapi kalau nak gantung, dia ada 3 4 tempat. makna kata, dia boleh gantung pesalah sekaligus.

 ni kitaorang pegi kat sel banduan pulak.

kecik jer..  udara pon takde sangat. huhu. tolongla jangan jadi orang jahat. tak best langsung bilik nih.

 dekat dinding-dinding dia ada contengan daripada banduan. try baca macam sedih pulak.

tong air dan najis. nak kencing nak berak dalam satu bekas. satu bekas lagi air untuk basuh. besok pagi-pagi bila dia bukak sel, banduan kena usung tong ni bawak kuar dan basuh. kembang tekak aku tengok. camna nak berak depan orang dalam tong gini. air pon macam secebok jer. mana cukuppp.


berus gigi diaorang. Sarjan cakap, dulu bagi berus gigi biasa. tapi diaorang nih pegi asah plak buat pisau. pastu towel diaorang pon bagi yang kecik jer. sebab sebelum nih penah ada banduan ambik tuala buat tali gantung bunuh diri. macam-macam. bahaya betul!

 tulisan dalam dinding penjara yang di frame kan.

 sarjan dengan pegawai yang bawak kitaorang. bagus diaorang nih.. mesra alang! hehe

 sini mahkamah penjara tau. ni tempat banduan kena berdiri. sory, aku lupa nak snap secara keseluruhan.

 pas kuar dari sel, pegi tengok plak tempat pameran lukisan daripada banduan. cantik-cantik belaka.

 ni diaorang buat pertandingan poster untuk hari merdeka.

pertandingan cerpen.

masuk kantin diaorang plak. tengok alatan memasak. menu. pinggan mangkuk. mewah jugak la. makan 5 kali sehari.

apa orang panggil ni eh? replika ke? tah laa.. tapi ni banduan yang buat tau. penjara Kajang tak silap. kalau silap ampun yer.. dah lupa. =P

jenis-jenis pintu. bukan suma banduan samakan. yang ganas-ganas sangat, kena pakai pintu gini. yang tengah tu pintu Botak Chin. real punya hokay diaorang ambik letak sini. untuk tatapan pengunjung.

pastu kitaorang naik plak tingkat atas. tengok lagi alatan-alatan yang digunakan dekat negara luar. banyak sangat. ada kerusi ceracak-ceracak. duduk atas tu memang boleh tembus la badan nih. ada pemotong kepala. pas potong kepala terus masuk dalam bekas. macam potong kepala ikan plak. seksa dan kejam! kat atas tu pon tak berani gak ambik gambar. huhu.

toilet dekat sel akhir. sel akhir ni untuk banduan yang dah nak kena hukuman gantung. jadi dia dah tak boleh pegi mana-mana. kena duduk sini jer sampai hukuman. warden cakap, kalau kena jaga kat sini memang kena tabah. sebab banduan akhir ni macam-macam perangai.

ok.. sampai sini jer. sebenarnya ni belum habis lagi. batery camera dah kong. ada lagi tempat yang aku tak sempat nak snap. sebenarnya memang banyak la kalau nak cerita. sebab Muzium ni besar gila. ada 2 tingkat. tu pon ada yang aku skip sebab tak larat jalan. wardennya pulak bersemangat waja. suma benda dia nak cerita. haha. last-last aku cari jalan dengan Cikgu Hafizan nak pegi duduk. tak larat dahhh..

apa-apa pon kalau korang ada planning nak buat lawatan sambil belajar. tak kisahla budak sekolah ker, budak U ker, ofis ker, try la datang sini. sebab kat sini kita boleh tau camna hukuman dekat Malaysia dijalankan. banyak benda boleh belajar. plus, warden dia suma mesra alam. sampai ada sorang warden nih, dia dah hafal dah nama murid setiap sorang. dasyat betul. baru dok 4 jam dah ingat suma nama. aku pon tak ingat suma. haha. 

tiket nak masuk murah jer. kanak-kanak RM1. dewasa RM3. detail yang lain tak tau. pi google sendiri. =P




terima kasih buat yang sudi membaca <3


2 comments:

  1. assalamualaikum sis. kalau saya nak tangkap gmbr kat muzium ni guna camera dslr bole tak?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. Saya tolong jawab. Boleh asalkan bukan bilik merotan banduan & tali gantung tingkat atas. Bahagian lain semua boleh ambil gambar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...