16 September 2015

lawatan ke Melaka dalam jerebu

assalamualaikum...

rare tak tajuk? haha. orang time jerebu ni kena kurangkan aktiviti luar. kitaorang selamba pi buat lawatan. tapi apa nak buat, planning dah buat awal kan. so, kita teruskan la jugak.

lawatan ke Melaka ni 2 hari 1 malam. Melaka kan dekat jer. so,sekejap pon dah ok.

HARI PERTAMA

 tempat pertama kitaorang pegi ialah Muzium Kapal Selam, Klebang. aku first time sampai sini.

jerebu masa ni teruk jugak. sesak nafas. tapi bila pakai mask, habis berpeluh. panas la pulak. confius aku, nak pakai ke tak nak. huhu



dalam ni sempit jer. aku cam takleh bayang kena hidup dalam kapal ni. dah la kalau kena bertugas makan berbulan-bulan. pengorbanan sungguh.. huhu

sudut informasi. masa ni, kita buat soal jawab dengan budak-budak. kalau tak nanti dia balik dengan kepala kosong. buat rugi jer..

 dah alang-alang sampai Klebang, haruslah try Coconut Shake Klebang yang femes nih.

Puan Hajah sponsor semua sekali. Alhamdulillah. murah rezeki. hehe. memang terbaik coconut shake nih. segar tekak.

 pastu kami terus ke Bandar Hilir. 

 jerebu teruk. orang pon takde. selalu memang ramai jer orang

dah tak pakai mask dah sebab rimas. selamba jela sedut udara kotor. takpe.. balik minum air Kangen. haha. *tetiba

bebudak suma memanjat kat atas. cikgu laki bawak. aku ngan Kak Balyah malas nak panjat. so, kita posing kat bawah jer.


 6 orang guru pengiring. tapi Puan Hajah (tudung hijau) GPK Koko bukan cikgu biasa.

dah puas ronda semua, nak naik Duck Tour pulak. kalau hari cuti sekolah, dia ada dua buah Duck Tour. tapi sebab kitaorang pegi weekdays, ada satu jela. so, kena bahagi-bahagi. separuh naik Duck Tour dulu, separuh lagi naik Taming Sari. aku ngan Puan Hajah naik Duck Tour dulu.

 bawak budak-budak separuh..

ini pon first time naik. hehe. memula dia bawak pusing dulu atas jalan..

 pastu, dia masuk dalam air. masa ni teruja la jugak. aku pon sama naik dengan budak-budak. haha

 tak ingat nama masjid nih. cantik.. 

putih je suma gara-gara jerebu. huhu

 lama jugak naik mendalah nih. lebih kurang setengah jam jugak. puas hatila..

pastu terus kitaorang pegi naik Taming Sari. ni kali kedua aku naik. kelainannya, harga tiket dah naik. tapi dia bagi bekal kat kita sebelum naik. hehe

ada muffin dengan mineral water. ni beg untuk dua orang eh.. sebab tu mineral ngan muffin ada dua. kalau sorang dia bagi satu jela.

pastu ada lagi tambahan. dia sediakan teropong dekat setiap seat. dulu kalau nak teropong, kena sewa. 



 pemandangan memang tak indah yer.. sebab suma kelam jer. 

pas turun Taming Sari, kita balik apartment. bersihkan diri, solat apa suma pastu turun balik.

malam naik River Cruise pulak. bebudak ni pon selamba jugak tak pakai mask dari siang sampai ke malam. haha. tahan la nak oiii..

ingatkan kami boleh naik suma sekali satu bot. sekali tak cukup. pastu budak nih sorang tertinggal. sian dia.. hehe. tahan la dok dengan cikgu. 

 River Cruise ni dah kali ketiga aku naik. sekali naik siang. 2 kali naik malam. bagi aku, dedua best. hehe. 

 balik dari River Cruise, pegi makan pastu terus balik apartment. tido.

HARI KEDUA

hari kedua tak banyak tempat pegi. lepas sarapan, kitaorang bergerak ke lokasi pertama iaitu Muzium Penjara.

ini adalah muzium yang bagi aku sangat-sangat memberi informasi. sangat menarik untuk dilawati. biasa kalau dengar jer perkataan muzium yang ada dalam kepala, ' biasa jela.. muzium '. haha. itu kepala aku la, kepala korang tak tau la kan..

oleh kerana terlampau banyak sangat gambar dan perkara yang nak dikongsikan, insyaAllah aku akan buat satu entry khas untuk Muzium Penjara nih. 

 pas settle kat Muzium Penjara, kitaorang bawak budak-budak pegi Zoo Melaka.


 kena pakai gelang plastik tu. tampal kat pergelangan tangan.


cikgu tak larat jalan. dah tua. haha. jadi kami naik tren. terus pusing satu zoo.


 tangkap gambar binatang banyak jugak. tapi malas nak upload. sesikit dah la. atas ni zirafah.

singa - pura. haha. guwau guwau. singa. aku ni walaupon tak minat sangat binatang tapi yang basic - basic tu aku kenal la jugak. takat zirafah, singa, harimau, gajah, takkan tak kenal kan.. 

 dah puas main dalam zoo sampai pukul 5, kita pon berkumpul dan bergerak balik..

untuk aku yang baru pertama kali join lawatan sekolah ni, memang seronok la. santai-santai jer. sambil bersantai sambil dapat ilmu. tu yang paling penting. 

pastu budak-budak pon suma ok. walaupun berjalan dalam jerebu, tapi takde yang sakit. Alhamdulillah.. best best! hehe


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...