30 March 2015

life update

assalamualaikum...

Allah.. panasnya sekarang ni kan? memang panas ya Rabbi. yang sekolah aku plak time-time panas cenggini la dia pi bantai buat sukan. memang teng la kulit kita ni haaa.. dok berpanas tengah padang dekat 2 minggu dah. huhu

dalam pada dok sibuk-sibuk bersukan, minggu lepas sempat gak la melangkah ke negara seberang. pastu adala yang dok sindir-sindir. " sempat lagi kan melancong cuti 2 hari pon.. dah la tak isi borang keluar negara " =P

alaaa.. bukan pegi jauh pon.. langkah sebelah kaki dah sampai. Melaka lagi jauh kot. lagipon apa salahnya kita menggunakan kelebihan dok kat hujung negeri nih kalau tak gi masuk negara orang. nanti kalau dapat pindah ke lain dah susah dah nak pegi. ye dak? ye dak? hehehehe

mujur gi bejalan minggu lepas. sebab sekarang dah masuk musim busy dah. hujung minggu ni nak kena gi Multaqa pastu kena hias khemah rumah sukan. minggu depan plak nak pegi camping kat Teluk Gorek. harapannya, bila dah dok buat-buat busy nih boleh la jadi kurus. haha. 

tapi kulit hitam terbakar jangan ko tanya sebab apa.. kalau dah memanjang keja berjemur, dah tentu-tentu takkan jadi Qu Putehhhh lagi dahhh.. =P

pakai kamera Oppo rasa cam fake sangat. tetiba nampak cantik. kahkah. cantik ker?? yang penting aku lagi tinggi daripada diaorang. part ketinggian bukan fake hokay!



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...