16 May 2014

hi tea & sesat

assalamualaikum...

melihat pada tajuk, mesti korang dah boleh agak kan apakah isi entry kali nih..heee.. walaupon begitu, aku nak cerita jugak. tak kira! ( hentak kaki )

sekolah aku buat sambutan hari guru dekat hotel Bayu Marina pada 15 Mei. ni sambutan untuk cikgu-cikgu jer.. saja nak beronok-ronok. pulak aku adalah AJK BKGS yakni merangkap AJK yang perlu buat persiapan untuk sambutan hari guru. kerja keras la jugak kononnya.. tapi.. ha.. ada tapi ok. sehari sebelum sambutan, tetiba dapat surat untuk pegi taklimat e-pelaporan dekat PPD pada tarikh yang sama dengan program hi-tea. dari pagi sampai petang. sentap!

dengan rasa tak bersalah, aku col ustaz yang handle taklimat tu dan mintak balik awal semata-mata nak join jugak hi-tea. haha. Alhamdulilah dapat.. masalahnya ialah, aku kena drive sendiri dari PPD ke hotel..punggah! menggelabah tak kira laa.. dah aku memang ada masalah bab-bab jalan nih.

ada kad jemputan tau.. jangan main-main.

ada map jugak. tapi sory. iolls tak pandai tengok map..huhu

walaupun sesat, syukur. syukur. syukur. sebab ramai sangat kawan-kawan yang prihatin.. sepanjang aku dok kelam kabut cari jalan tu, ramai cikgu-cikgu yang col untuk update aku. siap nak turun ambik aku lagi. tapi aku takmau sebab tu dah menyusahkan sangat.. diaorang dah bagi instruction pon dah kira membantu. dah col berpuluh-puluh kali pon dah cukup baik. padahal aku dah macam nak nangis dalam kereta. tapi tak jadi sebab rasa semangat bila kawan-kawan sibuk ambik berat. sobsobsob.

bila aku masuk jer kat dalam dewan hotel, tetiba suma cikgu tepuk tangan. siap buat bunyi macam aku tendang bola masuk gol. malu hoi! apa pasal diaorang nih.. rupa-rupanya, MC majlis pegi announce yang aku sesat..lohh..patutla kecoh sangat. huhu

so, jadi perhatian la jugak gayanya..suma orang asyik tanya 

' sesat kat mana?'
' macammana boleh sesat? ' 

tak reti pulak aku nak menjawab.. dah aku memang selalu sesat. apo nak dikato? haha

makanan masa aku sampai, kakak-kakak tu tolong simpan kan..baik sungguh.. terharu aku..huhu. pastu kakak tu kata, ' awak ni terharu sokmo.. ' haha. aku ni bukan boleh orang buat baik dengan aku. asyik nak touching jer.. tapi touching jela..tak pulak aku buat apa-apa.. =P

gambar masa majlis tak banyak sebab aku AJK Hadiah Cabutan  Bertuah. so, banyak dok atas pentas tolong-tolong. tapi aku kutip gambar dari group whatsapp.. heee


 sepatutnya aku dok kat meja nih.. sebab aku kena jaga bahagian pendaftaran. tapi apa nak buat..dah join lambat. thanks Kak Gayah dan Cikgu Hisyam.

 lepas daftar dapat doorgift Cake Red Velvet..

 dapat pamplets dan nombor cabutan bertuah.

 suasana dalam dewan. amboi! merelip merelap gittuw.

 ucapan dari Guru Besar.. aku takde pon masa nih..hehe


waktu pertandingan karaoke aku ada..hehe. dahsyat tau cikgu-cikgu ni sume.. macam boleh masuk Kilauan Emas jerk. haha. GB aku pon karaoke jugak.. tapi takde gambar la pulak..hehe. sporting gila diaorang nih.

pertukaran hadiah, aku dapat hadiah dari Ustaz Fatah. TQ. TQ. TQ. aku kena bagi hadiah kat Cikgu Hisyam.. tapi aku tak tangkap gambar pon dengan dia. hehe. malu iolls. gambar ni pon dari kamera Ustaz Fatah. aku mintak dia sent kat whatsapp..

 aku , Kak Ainul dan Kak Janaliah.. lawo-lawo diaorang hari nih.. aku jer sememeh pakai baju kurung dari pagi..huhu

 pipi bolat memang tak dapat nak diselamatkan lagi..huhu

 geng makan semeja..

sebelum balik, bergambar dengan GPK 1 yang kecik molek. Puan Mastijah..leh peluk-peluk macam anak beranak pulak yer..hehe. Pn Mastijah nih baik sangat orangnya.. ini adalah hari terakhir Pn Mastijah dengan kitaorang sebab Pn Mastijah dah bertukar ke SK Pelangi Indah. aku nih S/U Pn Mastijah..so, boleh dikatakan kerap jugak la kena berdepan dengan Pn Mastijah. tapi tak pressure walaupun banyak keja sebab Pn Mastijah jenis yang tak buat aku tension. waktu Pn Mastijah peluk aku dia cakap gini, 

' terima kasih Naqhiah. awak banyak tolong saya. awak rajin. terima kasih. '

dan dan tu jugak air mata nak menitik. dah tak tercakap pulak yang aku pon nak ucap terima kasih sebab banyak bagi tunjuk ajar dekat aku. huhu

AJK BKGS.. pompuan jer dulu sebab AJK lelaki macam malu-malu kononnye. ecehh.

setelah dipaksa, baru diorang sudi. haha. ini pon separuh jer. ada lagi yang takmau join. 


balik rumah dengan hati yang puas sebab dapat banyak hadiah.. hehe. hadiah pertukaran dari Ustaz Fatah, hadiah bonanza iaitu tupperware besau ( aku tukar tupperware dengan Kak Ainul sebab Kak Ainul nak tupperware kecik. aku nak tupperware besar. hehe.TQ Kak Ainul. ) dan hadiah cabutan super duper best.. nampak kertas kecik tuh? haa..meh kita zoom.


ni dia hadiah cabutan aku.. hadiah cabutan tak dapat masa majlis. tak larat nak hangkut. so, sume orang dapat kad jer. nanti tuntut hadiah dekat sekolah.

tadaaa! dah tuntut hadiah masa pegi sekolah untuk sukantara. balik rumah zass terus pasang. hehe. cikgu-cikgu laki pakat jeles dengan aku. diaorang kata rugi dapat kat aku menda nih. diaorang mintak tukar..ok boleh. apa hadiah korang? jajan? tupperware? takmoooo! aku akan tukar mendalah nih kalau hadiahnya blander ker, stand mixer ker, oven ker.. baru baloi.. dah takde sume tu, makanya SIT UP nih kekal menjadi milik aku.. ^_~

katakan TIDAK pada perut muncit! muahaha! 

hadiah dari Ustaz Fatah berupa kotak make up dan beg toiletries kottt.. haha. pandai betul pilih barang pompuan. aku sendiri pon tak penah beli beg-beg gini..hehe

apa-apapon memang meriah sangat majlis nih. aku hepy sangat berada disini bersama kawan-kawan yang baik dan sporting. SELAMAT HARI GURU semua.. insyaALLAH besok nak bertungkus lumus untuk majlis di sekolah pulak.. hope suma akan berjalan lancar.. AMIN..



terima kasih buat yang sudi membaca <3

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...