21 February 2014

country garden, danga bay

assalamualaikum...

thaipusam bila eh? 2 minggu lepas? ker sebulan yang lepas? tahlaa.. tapi ni cerita masa cuti thaipusam itu hari. punyala lama aku peram.. biasala. aku memang suka update cerita basi-basi nih. hikhokhikhok!

thaipusam itu harikan dapat cuti 3 hari. Alhamdulilah syukur nikmat, Malaysia maju rakyat selamat * tetiba. kesyukuran dapat cuti 3 hari tuh memang tak leh nak digambarkan dengan kata-kata. sebab selalu kalau cuti 2 hari pon, mesti akan jadi 1 hari jer.. 1 hari lagi mesti kena jugak pegi sekolah. 

macam 2 minggu sebelum nih, ada kursus LDP. minggu lepas, sekolah ganti. minggu nih, latih budak nasyid. so, sape cakap keje cikgu senang? balik pukul 1 lebih, meniarap jer depan TV? meh sini aku nak sekolahkan orang yang cakap gitu. amboi..biasa sangat nih! =P

ok..melalut dah. kembali kita ke jalan yang benar. kat mana kita tadi? hoho..sebenarnya nak cerita yang cuti thaipusam itu hari, aku ngan Dayah kuar gi JB. jenjalan kat Country Garden dekat dengan Danga Bay. 

tempat ni belum siap sepenuhnya lagi.. tapi boleh la nak jalan-jalan. aku pon tak tau apa motif tempat nih. nak kata shopping complex, takde pon shopping complex. tah.. tapi cantik la..

aku tau pasal tempat nih daripada kawan 'wechat' aku.. dia upload gambar kat 'wechat'. dah alang-alang takde tempat nak jenjalan, kita try la pegi tengok sendiri..


 takmau taip sangat boleh tak? tengok jela gambar-gambar bawah nih...hikhik



 haruslah bersama dengan housemate aku yang tomey tomey nih.. ^_^

panas tahap mata tak leh nak celik..huhu

tetiba sekumpulan penyu datang meluru ke arah aku.. aku dengan penuh ramah dan mesra, melayan mereka sekor sekor. haha *auta.

 matching la baju Dayah dengan background belakang..hehe

ketam pon teruja jugak nak bergambar dengan aku.. *dah kenapa ayat macam aku datang dari spesis laut? 


rumput takleh pijak ok.. so, ini jela yang termampu..hukhuk

hello bomba! ade rumah terbakar! * muka tak cemas pon..cam feeling borak ngan cik abang jer..haha


itu jer nak cerita. k bye!



terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...