11 November 2012

suami saman isteri kerana anak hodoh


assalamualaikum...

salam ahad..cuti dan bosan..huhu.ni la dia manusia kan..masa orang bagi keja kau nak cuti.dah cuti kau nak keja.bosan lah konon..anyway..musim tengkujuh camni apala sangat kita boleh buat kan..selain membungkus dalam selimut dan tido,aku pon tak tahu dah aktiviti apa yang lebih menarik..

nak tengok tv pon takde siaran..biasela..pencawang astro yang koman spanar telah menyebabkan tv kosong.kosong.kosong..(ambik kau..menyanyi biar hujan lebat sampai subuh esok..boleh aku golek-golek lagi dalam selimut.wuhuhu) walhal aku tak duduk dalam selimut pon..selimut pon tah mane aku rejam.eh,confirm la terlipat kemas atas katil an..asal lak aku nak rejam.banyak duit aku sesuka hati nak rejam selimut? bhaha..

dah takda keja ni kan..so,marilah membuang masa bersama aku..berbaloi gak..kihkih.pagi tadi aku layan la rancangan pagi kt tv9 nuu..pastu an aku tertarik dengan satu laporan akhbar yang si AG (pengacara nasi lemak kopi o) tu baca..satu kes yang berlaku kat china.'suami saman isteri sebab lahirkan anak hodoh'

aiseyh...boleh plak jadi cmtu an..aku memula dengar tajuk tu terus jer rase menyirap.'asal si suami tu kerek sangat? hensem sangat ke dia sampai dia menyalahkan kehodohan anak kepada isteri? setelah dibaca sedikit rentetan laporan tu baru aku faham..rupanya si isteri telah buat pembedahan plastik sebelum kawin.

emm,sebab tula si suami rasa pelik bila anak dia tak comel dan tak mirip langsung dengan muka diaorang.si suami syak si isteri ada skandal dengan laki lain.lepas disoal baru la si isteri mengaku yang dia penah buat pembedahan plastik..fuhh..teruk betul manusia nih.cinta kerana rupa.aku tak larat nak cito panjang lebar..korang klik kat sini untuk cerita selanjutnya..


muka sebelum dan selepas pembedahan plastik..

aku rasa dia ni mengalami hidup yang sangat sukar bila mempunyai rupa yang emm..ah,aku tukar la ayat.mengalami hidup yang sukar sebab takda rupa.ha..bunyi sedap sikit..tak sampai hati aku nak ngata-ngata rupa orang sebab rupa aku pon lebih kurang rupa sebelum jer..wuhuhu.adakah aku juga memerlukan pembedahan plastik?? nehi.nehi.istighfar....

realiti hidup zaman sekarang nih,suma nak yang cantik-cantik jer..sebab tu la agaknya dia ubah rupa asal an..takpala..kau cantik jugak.pegi la cari laki lain.tapi jangan lupa bagitahu yang wajah cantik itu hanyalah plastik.kalau tak,habis harta kau bayar saman ja..bhaha.


baby yang dikatakan hodoh...ehh,apakah betul ini yang dikatakan hodoh? kenapa aku rasa cam tak pon..huhu

sian an baby tu..aku rasa ok jer.comel apa..aku try godek-godek dekat google muka ayah baby ni.tak jumpa la pulak..patutnya wartawan kena tangkap gambar ayah budak ni yang kengkonon hot sangat tu sampai senang-senang label orang hodoh.baru la kita tahu sapa dia.senang nak blacklist laki camtu..haha.(terlebih sudah)

moral of the story, jujur & terima seadanya..yang perempuan tu salah sebab tak terus terang.yang lelaki salah sebab kejar kecantikan ja..(aku dah tukar bidang psikologi ker?? confius...)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...